Ketika merasmikan Arkib Digital UM Memory semalam, Profesor Diraja Ungku Aziz (Pak Ungku) menegur tabiat membaca penuntut institut pengajian tinggi (IPT) yang hanya menjurus kepada tujuan peperiksaan. Bagi Pak Ungku, tiada cara lain yang boleh menjadi ganti menambah ilmu pengetahuan, melainkan dengan membaca buku. Pak Ungku juga turut menggesa pensyarah IPT berbuat hal yang sama.
Berdasarkan satu kajian di Amerika Syarikat (http://ezinearticles.com/?Ten-Ways-to-Strengthen-Your-Reading-Habit&id=2080), dikatakan bahawa seseorang yang berjaya membaca 10 buah buku setahun tergolong dalam peratusan kecil komuniti pembaca. Maknanya, bab malas membaca juga tampak parah di negara maju. Dalam kata lain, tabiat membaca bagaikan satu sumpahan yang menakutkan.
Dalam ucapan berkenaan juga, Pak Ungku membidas kecenderungan menggunakan isi buku untuk bahan plagiat tugasan. Kita biasa mendengar tentang kaedah "salin dan tampal" yang makin berleluasa. Pelajar menganggap pensyarah mereka tidak akan perasan kerana mendengar dakwaan senior tentang markah "timbang kati".
Sebenarnya isu kejujuran akademik dan keutuhan intelektual tidak akan pernah reda. Perkara itu menjadi penanda aras utama kecemerlangan sesebuah universiti. Tiada kompromi boleh dilakukan.
Kes upah menulis tugasan atau tesis bukan cerita baharu. Malah, ada "perunding" tidak rasmi yang menawarkan perkhidmatan. Walaupun demikian, kegiatan seumpama itu kekal sebagai rahsia umum.
Galakan membaca di peringkat sekolah digerakkan menerusi program Nilam hingga ke peringkat kebangsaan. Sama ada penerima anugerah peringkat zon, daerah, negeri dan kebangsaan benar-benar membaca dan menulis sendiri catatan rekod bacaan, biar kita bersangka baik. Kawalan tidak dapat dilakukan seratus peratus.
Kalau ditanya, seseorang mungkin mendakwa dirinya banyak membaca. Setiap hari hingga tiga akhbar berlainan dibaca hingga ke bahagian iklan dan notis muflis. Secara mingguan, majalah popular dan human interest menjadi pilihan.
Kedai-kedai buku ternama seperti MPH, Popular, rangkaian pengedar DBP dan toko persendirian masih dikunjungi ramai. Begitu juga dengan gerai jualan buku terpakai di tapak pasar malam tetap mendapat sambutan. Pesta buku juga mampu mencatat bilangan penjung yang tinggi.
Hal yang menjadi kemusykilan ialah genre bahan bacaan yang dipilih. Tidak adil untuk kita membuat kesimpulan serkap jarang sebelum memperoleh data penyelidikan yang autentik. Banyak analisis kuantitatif dan kualitatif yang perlu dilaksanakan.
Hakikatnya tabiat membaca buku untuk tujuan peperiksaan lebih bersifat jangka pendek. Buku teks dan buku rujukan pengajian tinggi sarat dengan konsep, rumus dan teori. Pembaca buku seperti itu perlu banyak bersabar, selain menulis isi-isi penting.
Jadual kuliah yang padat dan jumlah tugasan yang bertimbun-timbun, di samping persediaan untuk pelbagai bentuk kuiz dan ujian sepanjang setiap semester yang berjumlah 14 minggu menyebabkan pelajar IPT hanya menumpukan bacaan buku untuk tujuan peperiksaan. Laras bahasa yang digunakan mengikut disiplin pengajian mengakibatkan peruntukan masa yang banyak untuk membina organisasi dan skema idea. Setelah tamat peperiksaan, mahasiswa cuba berehat sebentar daripada bahan bacaan berat dan ilmiah.
Kata-kata hikmat bahawa membaca ialah jambatan ilmu memang benar. Seseorang yang kurang membaca akan hanya bergantung kepada intuisi yang terhad. Budaya Iqra' yang bermula di Gua Hira' menghendaki bahawa tabiat membaca dikaitkan dengan nama Tuhan, Pencipta manusia dan seisi alam...

bersambung...
No comments:
Post a Comment