Minggu ini pelajar tahun pertama universiti tempatan, diikuti oleh pelajar senior pada minggu kedua. Ibu bapa turut sibuk menyediakan anak yang kini bergelar mahasiswa supaya sentiasa berjaya menyesuaikan diri dengan suasana pengajian tinggi yang boleh membawa mereka pergi jauh dalam kehidupan. Sementara menunggu pembiayaan Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN), Majlis Amanah Rakyat (Mara) atau sumber lain, ibu bapa harus menanggung kos sara hidup kampus yang tidak sedikit.
Remaja dan anak muda sekarang, termasuk mahasiswa, mungkin sanggup mencatu perbelanjaan makan minum, tetapi akan memastikan bahawa telefon bimbit mereka sentiasa aktif. Kebanyakan syarikat telekomunikasi menawarkan pakej khas untuk pelajar bagi memudahkan urusan mereka. Kalau hendak berjimat, mahasiswa boleh menggunakan komunikasi persidangan video atau skype, justeru kebanyakan kampus menyediakan kemudahan jalur lebar tanpa wayar secara percuma di lokasi tertentu.
Persaingan kerjaya masa hadapan yang sengit menyebabkan kebanyakan mahasiswa meletakkan sasaran pencapaian purata nilai gred kumulatif (PNGK, CGPA) 3.0 ke atas sepanjang tempoh pengajian. Sasaran tinggi memang baik, tetapi hendaklah dicapai dengan cara yang paling bijak. Maksudnya, mahasiswa tidak sampai melupakan aspek kecemerlangan lain seperti kepimpinan, integriti dan kesihatan diri sendiri.
bersambung...
No comments:
Post a Comment