Thursday, September 8, 2011

MUSIM HAJI MUNCUL KEMBALI (ROAD TO SUBMISSION)

Kira-kira 2 bulan dari sekarang, tumpuan umat Islam akan kembali ke tanah suci Makkah apabila lebih dua juta  jemaah dari segenap pelosok dunia menjadi tetamu Allah bagi menunaikan rukun Islam kelima, iaitu mengerjakan haji. Saban tahun Mulai tahun 2005, kerajaan Arab Saudi menerima lebih daripada 1.5 juta jemaah haji daripada luar negara, manakala jemaah tempatan dianggarkan melebihi satu juta orang. Terdapat juga jemaah yang berani menanggung risiko memasuki Makkah tanpa berdaftar dan tanpa visa haji.

Kuota yang diperuntukkan oleh kerajaan Arab Saudi ialah 0.1 peratus daripada jumlah penduduk Islam sesebuah negara. Walaupun begitu, berdasarkan rekod cemerlang jemaah haji Malaysia setakat ini, nisbah berkenaan dirujuk kepada jumlah penduduk secara keseluruhan, termasuk bukan Islam. Pada tahun ini sejumlah 28,000 orang jemaah haji Malaysia berpeluang mengerjakan ibadah yang menjadi impian setiap umat Islam itu.

bersambung...

No comments:

Post a Comment