Pengenalan
MUx = ∆TUx ÷ ∆Qx
Di peringkat prauniversiti, bagi memudahkan pembelajaran, perubahan dalam kuantiti penggunaan lazimnya hanya satu sepanjang masa. Walaupun kelihatannya pelajar hanya perlu menolak jumlah utiliti yang ada dengan dengan jumlah utiliti sebelumnya (TU1 - TUo), tetapi bagi menunjukkan bahawa calon menguasai konsep sebenar utiliti sut, maka hitungan lengkap hendaklah ditunjukkan. Contoh data hipotetikal:
Qx TUx MUx = ∆TUx ÷ ∆Qx
1 10 (10 - 0) / (1 - 0) = 10 / 1 = 10
2 15 (15 - 10) / (2 - 1) = 5 / 1 = 5
3 19 (19 - 15) / (3 - 2) = 4 / 1 = 4
4 22 (22 - 19) / (4 - 3) = 3 / 1 = 3
5 24 (24 - 22) / (5 - 4) = 2 / 1 = 2
Di peringkat STPM , kes satu barang biasa ditanya dalam bahagian A, iaitu soalan aneka pilihan. Soalan boleh berbentuk konsep, atau hitungan mudah. Andaikan harga (Px) diberi ialah RM4, maka keseimbangan pengguna tercapai pada penggunaan barang unit ke-3, iaitu PUx = MUx.
Bagi kes dua barang ke atas, kebiasaannya hanya data dua barang sahaja akan diberi. Setelah mengira MUx dan MUy contohnya, pelajar hendaklah memilih kombinasi yang mematuhi kedua-dua syarat keseimbangan.
bersambung...
Utiliti ialah kepuasan yang diperoleh daripada penggunaan sesuatu barang (atau perkhidmatan). Utiliti juga disebut sebagai nilai faedah. Pelajar prauniversiti tingkatan 6 hanya memberi tumpuan kepada teori utiliti kardinal, iaitu pendekatan ukuran kuantitatif dengan unit kepuasan sebagai util.
Teori keseimbangan pengguna atau juga disebut teori perlakuan pengguna merujuk terhadap cara seseorang pengguna memperuntukkan sejumlah pendapatan wang bagi memaksimumkan utiliti dengan memilih kombinasi barang tertentu. Bagi kes satu barang sahaja, pengguna akan menyamakan utiliti sut dengan harga barang itu (Px = MUx). Bagi kes dua barang ke atas, pengguna perlu memenuhi 2 syarat, iaitu menyamakan utiliti sut per ringgit bagi semua barang berkenaan (MUx/Px = MUy/Py = MUz/Pz = ... =MUn/Pn), dan jumlah perbelanjaan yang dihitung mesti sama dengan atau kurang daripada jumlah pendapatan pengguna (PxQx + PyQy + PzQz + ... + PnQn = ∑Y.
Cara menghitung utiliti sut
Utiliti sut (MU, marginal utility) ialah perubahan (tambahan, pengurangan) kepuasan sebagai akibat perubahan (tambahan, pengurangan) penggunaan sesuatu unit barang pada jangka masa tertentu. Rumus yang digunakan ialah:
MUx = ∆TUx ÷ ∆Qx
Di peringkat prauniversiti, bagi memudahkan pembelajaran, perubahan dalam kuantiti penggunaan lazimnya hanya satu sepanjang masa. Walaupun kelihatannya pelajar hanya perlu menolak jumlah utiliti yang ada dengan dengan jumlah utiliti sebelumnya (TU1 - TUo), tetapi bagi menunjukkan bahawa calon menguasai konsep sebenar utiliti sut, maka hitungan lengkap hendaklah ditunjukkan. Contoh data hipotetikal:
Qx TUx MUx = ∆TUx ÷ ∆Qx
1 10 (10 - 0) / (1 - 0) = 10 / 1 = 10
2 15 (15 - 10) / (2 - 1) = 5 / 1 = 5
3 19 (19 - 15) / (3 - 2) = 4 / 1 = 4
4 22 (22 - 19) / (4 - 3) = 3 / 1 = 3
5 24 (24 - 22) / (5 - 4) = 2 / 1 = 2
Di peringkat STPM , kes satu barang biasa ditanya dalam bahagian A, iaitu soalan aneka pilihan. Soalan boleh berbentuk konsep, atau hitungan mudah. Andaikan harga (Px) diberi ialah RM4, maka keseimbangan pengguna tercapai pada penggunaan barang unit ke-3, iaitu PUx = MUx.
Bagi kes dua barang ke atas, kebiasaannya hanya data dua barang sahaja akan diberi. Setelah mengira MUx dan MUy contohnya, pelajar hendaklah memilih kombinasi yang mematuhi kedua-dua syarat keseimbangan.
bersambung...
No comments:
Post a Comment