Pengenalan Konsep
Andaian
Bagi memudahkan analisis teori, sejumlh andaian diperlukan:
1 hanya ada 2 buah negara yang berdagang
2 hanya ada 2 keluaran
3 hanya 2 orang buruh bagi setiap negara
4 kecekapan buruh sama
5 tingkat teknologi sama
6 mobiliti faktor (buruh) sempurna
7 ekonomi berada pada guna tenaga penuh
8 kos pengangkutan sifar
9 tiada sekatan PAB (sistem PAB bebas)
10 semua baki penggunaan (dalam negara) akan berjaya dieksport
(nota: semua andaian boleh digunakan semula apabila hendak mengkritik teori PAB kelak)
Teori Faedah Mutlak
Perdagangan Antarabangsa (PAB) merujuk kepada kegiatan pertukaran barang (dan perkhidmatan) yang berbeza menerusi urus niaga eksport (X) dan import (M). Secara teori, negara-negara terbabit akan menikmati penggunaan barang dan perkhidmatan di luar keluk kemungkinan pengeluaran, walaupun pengeluaran hanya tercapai pada keluk berkenaan. Pada amnya, negara-negara yang berdagang akan melakukan pengkhususan kerana harga relatif, atau kos lepas relatif yang lebih rendah bagi sesuatu keluaran.
Andaian
Bagi memudahkan analisis teori, sejumlh andaian diperlukan:
1 hanya ada 2 buah negara yang berdagang
2 hanya ada 2 keluaran
3 hanya 2 orang buruh bagi setiap negara
4 kecekapan buruh sama
5 tingkat teknologi sama
6 mobiliti faktor (buruh) sempurna
7 ekonomi berada pada guna tenaga penuh
8 kos pengangkutan sifar
9 tiada sekatan PAB (sistem PAB bebas)
10 semua baki penggunaan (dalam negara) akan berjaya dieksport
Andaian ke-3, iaitu hanya ada 2 orang buruh adalah sangat penting dalam hitungan pengkhususan. Sebelum pengkhususan, setiap keluaran diandaikan memiliki seorang buruh. Selepas pengkhususan, buruh daripada keluaran yang dihentikan akan berpindah ke sektor keluaran pengkhususan.
Maka, keluaran pengkhususan akan memiliki 2 orang buruh, manakala keluaran yang dihentikan tiada lagi buruh. Jumlah keluaran pengkhususan akan meningkat sekali ganda, manakala keluaran yang dihentikan menjadi 0. Setelah itu, baharulah jumlah penggunaan ditentukan, manakala lebihan yang ada akan dieksport sepenuhnya ke negara yang satu lagi.
(nota: semua andaian boleh digunakan semula apabila hendak mengkritik teori PAB kelak)
Teori Faedah Mutlak
Dipelopori oleh Adam Smith. Sesebuah negara sanggup mengkhusus terhadap sesuatu keluaran apabila mampu mencapai tingkat pengeluaran lebih tinggi berbanding dengan negara lain (berdasarkan sejumlah faktor dan teknologi sedia ada). Sama ada menggunakan kaedah jadual, atau kaedah keluk, sesebuah negara dengan jelas memiliki kelebihan dalam keluaran sesuatu barang jika dibandingkan dengan negara yang satu lagi.
Contohnya, sebelum pengkhususan berlaku keluaran bagi Malaysia dan Jepun ditunjukkan menerusi jadual di bawah:
makanan pakaian
Malaysia 100 20
Jepun 80 40
Keluaran dunia 180 60
Jelas didapati bahawa Malaysia memiliki kelebihan dalam pengeluaran makanan (100 unit), berbanding dengan Jepun hanya 80 unit. Jepun pula memiliki kelebihan yang jelas dalam keluaran pakaian iaitu sebanyak 40 unit, berbanding dengan Malaysia sebanyak 20 unit. Maka, Malaysia akan mengkusus dalam keluaran makanan, manakala Jepun akan mengkhusus dalam keluaran pakaian.
Bagi Malaysia, buruh dari sektor pakaian akan berpindah ke sektor pakaian. Maka, keluaran sektor makanan akan menjadi 2 buruh X 100 unit = 200 unit makanan. Bagi keluaran pakaian akan menjadi 0 buruh X 20 unit = 0 unit pakaian.
Bagi Jepun, buruh sektor makanan akan berpindah ke sektor pakaian. Maka, keluaran sektor pakaian akan menjadi 2 buruh X 40 unit = 80 unit pakaian. Keluaran makanan akan menjadi 0 buruh X 20 unit = 0 unit makanan.
Secara jadual, keluaran selepas pengkhususan bagi Malaysia dan Jepun ialah:
makanan pakaian
Malaysia 200 0
Jepun 0 80
Keluaran dunia 200 80
Perhatikan bahawa keluaran dunia telah meningkat bagi kedua-dua barang. Makanan telah bertambah sebanyak 20 unit (200 - 180). Pakaian juga meningkat 20 unit (80 - 60 unit).
Untuk menikmati faedah mutlak dalam perdagangan antarabangsa, Malaysia mesti mengeksport lebihan penggunaan makanan kepada Jepun, dan mengimport pakaian dari Jepun. Jepun pula akan mengeksport lebihan penggunaan pakaian, sambil menimport makanan dari Malaysia. Kadar pertukaran ditentukan menerusi pilihan harga relatif antara dua keluaran.
(Bagi memudahkan hitungan, pilih harga relatif yang lebih jelas, iaitu yang menghasilkan angka bundar sahaja)
Harga relatif dihitung berdasarkan jadual sebelum pengkhususan.
Di Malaysia, harga relatif = 100 makanan : 20 pakaian, iaitu 1 : 0.2 (nisbah dikecilkan)
Di Jepun, harga relatif = 80 makanan : 40 pakaian, iaitu 1 : 0.5 (nisbah dikecilkan)
Maka, kadar pertukaran hendaklah ditetapkan antara 1:0.2 dengan 1:0.5.
Katakan Malaysia bercadang menggunakan 110 unit makanan, maka lebihan 90 unit lagi akan dieksport ke Jepun. Dengan kadar pertukaran 1 : 0.4, Malaysia akan memperoleh 90 X 0.4 = 36 unit pakaian. Jepun akan menggunakan baki 44 unit pakaian (80 - 36).
makanan pakaian
Malaysia 110 36
Jepun 90 44
Keluaran dunia 200 80
Jika dibandingkan sebelum pengkhususan dan PAB, kini Malaysia menikmati penggunaan makanan lebih tinggi, iaitu 110 - 100 = bertambah 10 unit, dan penggunaan pakaian lebih tinggi, iaitu 36 - 20 = bertambah 16 unit. Jepun pula menikmati tambahan 10 unit makanan (90-80) dan tambahan 4 unit pakaian (44-40). Kedua-dua negara memperoleh laba (keuntungan) setelah berlaku pengkhusan dan PAB.
bersambung...
No comments:
Post a Comment