Saturday, October 1, 2011

DRAMA "DATO' ONN" KOMSAS TINGKATAN 5 (HERO FOREVER)

Pengenalan


Skrip drama setebal 63 muka karya Othaman Haji Zainuddin dalam antologi Dirgahayu Bahasaku mampu mendekatkan generasi muda kepada legasi tokoh pembinaan negara bangsa Malaysia, Dato' Onn bin Jaafar. Semakan fakta sejarah mendapati bahawa penceritaan kisah hidup dan perjuangan Dato' Onn seperti yang dipaparkan memang serasi. Walaupun Dato' Onn bekerja sebagai pegawai kerajaan ketika era penjajahan Inggeris, beliau dengan lantang membidas pegawai atasan Inggeris, dan menegur pihak istana hingga menyebabkan dirinya terbuang ke Singapura sebagai nelayan sementara, dan akhirnya sebagai wartawan "Warta Malaya".

Sinopsis   

Skrip drama muzikal ini lengkap dengan 3 orang pencerita dan 30 orang penari latar yang memegang pelbagai watak untuk babak yang berlainan. Pelakon-pelakon, termasuk watak Dato' Onn juga menyanyi. Muzik dan tayangan video, misalnya pengisytiharan kemerdekaan Tunku Abdul rahman turut diselitkan. Dato' Onn meninggalkan Umno (United Malay National Organisation), parti politik yang beliau asaskan sendiri pada tahun 1946 kerana usul membuka keanggotaan kepada semua kaum telah ditolak. Plot drama kemudian lebih banyak bersifat imbas kembali. Dato' Onn sangat meminati persembahan bangsawan, terutama apabila seri panggung atau primadona terkenal, Cik Kah yang berlakon. Dato' Onn sempat berkahwin dengan Cik Kah, tetapi jodoh mereka hanya sebentar. Tidak lama kemudian, Muhammad, adik Dato' Onn meninggal dunia kerana masalah jantung. Dato' Onn mengambil keputusan bernikah (kali keempat: isteri pertama dan kedua meninggal) dengan Halimah yang dikurniakan 3 orang anak, termasuk Hussien Onn, Perdana Menteri Malaysia yang ketiga.

Babak pertelingkahan Dato' Onn dengan Maxwell dan Campbell membuktikan jati diri beliau. Dato' Onn kemudian terbuang ke Singapura  apabila pihak istana termakan helah Inggeris. Mulanya Dato' Onn mencuba nasib sebagai nelayan "tidak bertauliah". Beliau mempelajari penderitaan hidup golongan miskin yang tidak terdedah dengan perjuangan membaiki nasib diri dan bangsa, sebaliknya lebih selesa bersembang di kedai kopi, sambil melayan angan-angan. Syed Hussien Al-Sagoff mempelawa Dato' Onn menubuhkan akhbar "Warta Malaya" demi membentuk fikiran bangsa Melayu. Babak tahun 1942 yang menggambarkan kedatangan tentera Jepun. Dato' Onn menolak cadangan Tengku Bakar untuk lari ke India.

Babak tahun 1945 menyaksikan kemunculan watak pejuang "radikal" seperti Ibrahim Yaakob, Dr. Burhanuddin al-Helmy dan Ahmad Boestamam. Babak berikutnya (tahun 1945) memaparkan Kiai Salleh dan pengikut beliau menghunus senjata menentang askar berhaluan komunis, MPAJA. Dato' Onn yang dilantik sebagai pegawai daerah lalu mengadakan rundingan dengan kedua-dua pihak. Dato' Onn bertegas menolak usul untuk bergabung dengan MPAJA untuk menentang Malayan Union. Kongres Melayu 1946 di Istana Besar Johor Bahru telah melahirkan Umno. Namun, pada 25 Ogos 1951, di Hotel Majestic, Kuala Lumpur, Dato' Onn membuat pengisytiharan keluar Umno. Lima tahun selepas negara menyambut merdeka, Dato' Onn kembali ke rahmatullah.

Perbincangan

bersambung...

No comments:

Post a Comment