Monday, October 10, 2011

EKONOMI BIDANGAN (THE "U' SHAPE OF LONG RUN AVERAGE COST)

Definisi

Ekonomi bidangan (EB), atau ekonomi skala besar (economics of scale) ialah peningkatan kecekapan atau faedah yang dinikmati oleh sesebuah firma sehingga membolehkan kos purata jangka panjang (long run average cost, LAC) menurun akibat pengeluaran secara besar-besaran oleh firma, atau akibat perkembangan dalam industri. EB dibahagi kepada dua, iaitu:

a)  EB Dalaman, iaitu peningkatan kecekapan atau faedah yang dinikmati berpunca dfaripada tindakan firma meningkatkan keluaran;

b)  EB Luaran, iaitu peningkatan kecekapan atau faedah yang dinikmati bukan berpunca daripada peningkatan keluaran firma, tetapi berpunca daripada tindakan firma-firma lain dalam industri, atau disebabkan persekitaran luar yang menyumbang terhadap LAC yang makin menurun.

Perbezaan huraian keluk LAC

EB dalaman merujuk pergerakan lokus (titik) pada keluk LAC yang sama. EB dalaman ialah bahagian LAC yang sedang menurun hinggalah ke titik keluaran optimum, iaitu pada titik minimum LAC. Bahagian LAC menaik dipanggil disekomomi bidangan dalaman (DB dalaman) atau tak ekonomi bidangan dalaman.

EB luaran merujuk kepada peralihan keluk LAC ke bawah. Pada pelbagai tingkat keluaran, kos purata jangka panjang turun secara selari. Sebaliknya, jika keluk LAC beralih ke atas, berlaku disekonomi bidangan luaran (DB luaran) atau tak ekonomi bidangan luaran.

Punca-punca EB dalaman

Ekonomi pengkhususan
Pengeluaran skala besar membolehkan pembahagian kerja, lalu meningkatkan kecekapan. Daya pengeluaran pekerja meningkat dengan pertambahan keluaran.

Ekonomi pengurusan

Ekonomi kewangan

Ekonomi pemasaran

Ekonomi teknikal

Punca-punca DB dalaman

Disekonomi pengkhususan

Disekonomi pengurusan

Disekononomi pemasaran

Disekonomi teknikal

Punca-punca EB luaran

Ekonomi penempatan

Ekonomi teknologi maklumat

Punca-punca DB luaran

Kekurangan faktor (pengeluaran)

Kos sosial

bersambung...

No comments:

Post a Comment