Banyak kisah kehidupan peribadi pengasas Apple Computer, mendiang Steve Jobs telah ditulis. Antaranya, Jobs memiliki persamaan sejarah dengan Barrack Hussien Obama, presiden Amerika Syarikat. Bapa Jobs dan Obama beragama Islam.
Bapa Obama berasal dari Kenya dan bernikah dengan ibu Obama yang tidak menukar agama asalnya, Kristian. Bapa Jobs, Abdulfattah 'John' Jandali berasal dari Syria. Bekas profesor sains politik Universiti Nevada itu masih hidup dan kini mencecah usia 80 tahun. Jobs lahir hasil hubungan 'terlarang' Abdulfatah dengan Joanne Carole Schieble.
Kematian datuk Jobs sepuluh bulan selepas dia lahir membuka jalan kepada Abdulfattah berkahwin dengan Joanne. Pasangan itu memperoleh seorang anak perempuan, Mona Simpson. Namun, Jobs tidak pernah tinggal sebumbung dengan ibu bapa kandungnya kerana sebaik sahaja dilahirkan, dia telah diserahkan kepada pasangan Paul dan Clara Jobs di Mountain View, California.
Sepanjang hayatnya, Jobs enggan bertemu ibu bapa kandungnya. Malah, nama asal beliau, Steve Paul telah ditukar kepada nama keluarga ibu bapa angkat beliau, Steve Jobs. Jobs enggan mengakui hubungan darah dengan Abdulfattah dan Joanne.
Walaupun rajuk Jobs terhadap ibu bapa kandung beliau tidak pernah padam, hubungan Jobs dengan adik kandungnya, Mona tetap akrab. Mereka sering bertemu di Manhattan, iaitu tempat tinggal adiknya, seorang penulis novel yang berjaya. Jobs menganggap Mona sebagai rakan baik dan menjadi inspirasi untuk membina kerjaya yang cemerlang dan hidup yang penuh semangat dan tenang.
Abdulfattah tidak pula menyatakan rasa kesal tentang hakikat bahawa Jobs atau Mona tidak satu akidah dengan beliau. Sebaliknya, Abdulfattah hanya kesal justeru tidak beroleh kesempatan untuk duduk menikmati kopi sambil berbual dengan Jobs tidak kesampaian. Tidak nampak usaha Abdulfattah untuk membaiki hubungan dengan Jobs, apa lagi bagi membawa Jobs ke landasan akidah.
Seperti Bill Gate, pengasas Microsoft, Jobs tidak menamatkan pengajian kolej. Jobs berkelana ke India dan Jepun bagi mendalami ajaran Buddha Zen. Jobs hampir menjadi sami Buddha di Jepun, tetapi dinasihatkan sebaliknya oleh Kobun Chino Otogawa, guru Jobs. Ilham nama Apple Computer ialah hasil lawatan Jobs ke sebuah kebun epal kerohanian di Oregon.
Kisah Steve Jobs dan Barrack Hussien Obama patut menjadi iktibar buat umat. Dalam masyarakat kita juga terdapat kisah sedih tentang akidah yang tergadai justeru tiada rasa peka dan sayang terhadap perkara yang paling berharga dalam kehidupan insan, iaitu iman. Tanpa iman, pencapaian setinggi langit tidak membawa sebarang erti...
No comments:
Post a Comment