Monday, October 3, 2011

PELERAIAN DAN PENGAKHIRAN AZFA HANANI: HAKIKAT, SEGALA-GALANYA BERAKHIR (HAPPY ENDING: LAST TWO CHAPTERS)

Pendahuluan

Bagaikan kisah dalam drama bersiri, filem Hindustan, sinetron dan telenovela, sebagaimana harapan pembaca, segala liku hidup dan penderitaan watak utama berakhir dengan kegembiraan. Kalau dalam bab 17 berjudul "Terusir" identiti penyamaran Azfa Hanani sebagai Tengku Murni terbongkar, bab 18 "Hakikat" membawa Hanani pulang ke kampung. Pengarang cuba memancing rasa ingin tahu pembaca sama ada Hanani akan kekal di desa, atau keajaiban akan berlaku, iaitu Hanani kembali ke rumah Datin Maziah.

TugasanAdakah peleraian / pengakhiran cerita novel yang anda pelajari menepati harapan pembaca?

Analisis soalan / perancangan jawapan:  aras kbkk; jumlah markah = 7;  jumlah isi = 2 isi + 2 huraian (contoh peristiwa)

Cadangan Jawapan

Novel yang saya pelajari ialah Azfa Hanani. Pada pendapat saya, pengakhiran novel berkenaan menepati harapan pembaca yang inginkan orang yang baik menerima balasan baik, dan sebaliknya. Azfa Hanani akhirnya terbukti sebagai anak susuan kepada Datin Maziah. Kemalangan yang membabitkan keluarga Datin Maziah dan Tengku Makmur menyebabkan ibu bapa Hanani yang baru menamatkan pengajian di universiti terkorban. Maka, sebagai menebus rasa bersalah mereka, Azfa Hanani dibawa kembali ke banglo Datin Maziah, manakala kemudahan berhubung dengan keluarga Pak Long  diberikan tanpa had.

perbincangan penuh menyusul...

No comments:

Post a Comment