Sejurus setelah Hosni Mubarak berjaya dijatuhkan daripada tampuk kuasa kuku besi, rakyat Mesir berpesta di Dataran Tahrir. Kerajaan peralihan sementara yang diterajui tentera segera berjanji untuk mengadakan pilihan raya awam pada bulan September. Kini, setelah dua bulan berlalu, apabila tentera mungkir janji, rakyat Mesir kembali ke jalanan hingga puluhan penunjuk perasaan terkorban.
New York Times melaporkan bahawa kabinet (jemaah menteri) Mesir menawarkan peletakan jawatan, tetapi majlis tentera mahu mencalonkan anggota kabinet baharu. Sementera itu, penggerak demonstrasi, Ikhwanul Muslimin pula dilaporkan mahu menarik diri daripada protes jalanan kerana bimbang bahawa pilihan raya yang dijadualkan seminggu lagi tertangguh apabila majlis tentera punya alasan kekacauan untuk terus berkuasa. Perpecahan dalam kalangan penunjuk perasaan juga makin ketara apabila muncul pelbagai aliran sekular, moderat dan liberal yang mungkin dipengaruhi oleh agensi perisikan asing.
Masalah puak, suku dan kafilah di rantau Arab telah diwarisi sejak zaman Jahiliyyah lagi. Perpecahan yang berlaku sangat tajam, serta sukar sekali menemui titik persamaan. Umat Arab yang begitu besar bilangannya gagal untuk bersatu bagi menghadapi rejim haram Yahudi di Tel Aviv yang disokong oleh Amerika Syarikat dan sekutu.
Penulis blog (PB) masih ingat betapa seorang peniaga runcit keturunan Yaman di tanah suci mengutuk bangsa Arab yang ada sekarang sebagai "bahalul". Apabila PB bertanya lanjut, dia merujuk kepada hakikat betapa rejim haram Yahudi langsung tidak gentar dengan bangsa Arab. Pemimpin dan bangsa Arab asyik bertelagah dan lupa akan seteru sebenar mereka.
Mesir sangat terkenal sebagai destinasi pelancongan dan pengajian Islam. Program ziarah tempat-tempat bersejarah di sana sangat menarik. Apatah lagi, kesempatan untuk menyusuri Sungai Nil yang mengingatkan kisah Nabi Musa dan Firaun menjadi pengalaman yang sungguh menakjubkan.
Proses pemulihan ekonomi dan politik negara Mesir sudah tentu memakan masa yang panjang. Harga yang dibayar untuk menumbangkan sebuah rejim diktator begitu mahal. Banyak kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa yang berlaku.
Pengalaman pascarevolusi negara Iran yang dicetuskan oleh pemimpin dalam buangan di Peranchis, Ayatullah Rohullah Khomeini pada tahun 1979 menjadi bukti betapa tidak mudah untuk mencapai kata sepakat setelah kejayaan dikecapi. Hingga ke hari ini, kesinambungan revolusi Khomeini masih bertahan dalam citra lebih moden, iaitu Dr. Mahmoud Ahmadinejad selaku presiden yang berlatar belakang kejuruteraan awam dan perancangan pengangkutan, serta sentiasa mengenakan tali leher. Dari masa ke masa, muncul pelbagai kumpulan politik baharu yang mengancam status quo, bahkan kemenangan Ahmadinejad dalam pilihan raya kali kedua pada tahun 2009 mengundang tunjuk perasaan besar-besaran.
Perpaduan bukanlah perkara yang diingini oleh kaum penjajah dan saudagar senjata. Bagi mereka, pergolakan dan perang saudara lebih menguntungkan. Barang diingat bahawa dendam terhadap Salahuddin al-Ayubi tidak pernah padam...

No comments:
Post a Comment