Sama seperti Muar, Tampin dan Selama, bandar Tanjung Malim dikongsi oleh dua negeri yang berjiran. Muar lebih berwajah Johor walaupun disebut sebagai "Muau" dalam kalangan sebahagian penduduk tempatan di bahagian negeri Melaka. Bahagian Tampin di Melaka pula dikenali sebagai Pulau Sebang, betul begitu?
Selama menjadi pekan sempadan bahagian utara Perak dengan tenggara Kedah. Di Kelantan pula, Sungai Golok dikongsi oleh rakyat Malaysia dan selatan Thai. Walaupun berbeza negara, penduduk kedua-dua seberang sungai menjalinkan urus niaga harian dan sebahagian penduduk mempunyai pertalian darah.
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) juga terletak dalam kedua-dua bahagian Tanjung Malim Perak dan Selangor. Kampus induk UPSI terletak di bahagian Perak, manakala terdapat kolej kediaman pelajar UPSI terdapat di bahagian Selangor. Maka, tiap hari pelajar UPSI berulang-alik antara dua buah negeri!
Apabila kampus UPSI Proton City beroperasi sepenuhnya, kampus induk di pekan Tanjung Malim dijangka memberi tumpuan kepada pengajian ijazah tinggi sarjana dan doktor falsafah. Malah, UPSI boleh menawarkan kursus pendek bertaraf sijil dan diploma kepada orang awam sepertimana yang dilakukan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Malaya (UM). Dengan itu, UPSI mampu menjana pendapatan tambahan, di samping membuka peluang kepada lebih ramai anggota masyarakat terhadap akses pendedahan ilmu tinggi.
Sasaran 40 peratus rakyat memiliki ijazah asas, ratusan ribu penyandang sarjana dan 100,000 lulusan Ph.D akan cepat tercapai menerusi program MyBrains dengan kemudahan penawaran kursus dan pembiayaan yuran pengajian, serta sara hidup. Warga Lembah Kelang, Pulau Pinang dan Tanjung Malim boleh dianggap bertuah justeru kampus universiti yang aktif dengan pengajian ijazah tinggi berdekatan dengan rumah mereka. Tidak hairan jika cikgu sekolah rendah pun banyak yang sedang menyiapkan disertasi Ph.D!
Masalah utama pelajar ijazah tinggi di luar kawasan yang disebutkan ialah dari segi tempat penginapan. Pengalaman peribadi penulis blog (PB) semasa pengajian sarjana di UM juga adalah sama. Cuma, PB agak bertuah, justeru Kolej 12 yang baharu dibuka membenarkan pelajar sarjana menyewa bilik penginapan dalam tempoh berkenaan, tetapi setelah dipenuhi pelajar ijazah asas, kemudahan tersebut dihentikan.
Tidak seperti UKM yang memiliki hotel "Puri Pujangga", UM hanya memiliki "Rumah Universiti" milik Koperasi UM. Barangkali pada masa hadapan, sesuai dengan imej universiti nombor satu negara, UM akan membina hotel yang lebih canggih untuk kemudahan pelajar, tetamu dan kegiatan akademik bertaraf dunia.
Pelajar ijazah tinggi UPSI juga tidak terkecuali. Kebanyakan kuliah sarjana mod kerja kursus separuh masa dijalankan pada hujung minggu, iaitu pada petang Jumaat dan Sabtu. Maka, penginapan pada hari Jumaat (malam Sabtu) menjadi masalah. Hendak tidur dalam masjid, menumpang sebagai "setinggan" di kolej kediaman, atau tidur dalam kereta sendiri akan mengundang risiko keselamatan dan tindakan undang-undang.
Kedai mamak di Taman Bahtera, berdekatan UPSI bijak menghidu peluang. Mereka menawarkan bilik penginapan bertaraf hotel di Sahara Inn dengan kadar sewa yang munasabah, iaitu daripada RM68 hingga RM150. Tentulah pelajar sarjana akan berkongsi bilik, dan ada yang sanggup memindahkan tilam ke bawah supaya lebih banyak ruang berbaring dapat dikongsi.
Tempahan untuk hari Jumaat dan Sabtu di Sahara Inn dibuat secara tetap sepanjang tahun. Tidak dapat dipastikan jika terdapat mana-mana individu yang menjadi broker atau" ulat" telah membuat tempahan awal dan kemudian menjual semula sewaan bilik untuk mengaut untung. Pelanggan walk-in sila cari hotel lain pada hari Jumaat dan Sabtu, kecuali ketika cuti semester.
Walaupun Tanjung malim berdekatan dengan ibu kota, kemudahan hotel di bandar berkenaan boleh disifatkan sebagai daif. Tiada hotel bertaraf bintang, melainkan hotel persendirian yang usang dan kurang terurus. Sahara Inn mungkin satu pengecualian.
Pihak Majlis Perbandaran Tanjung Malim boleh mempelawa usahawan bumiputera untuk mendirikan hotel yang lebih layak di kawasan strategik. Tanjung Malim tidak kurang dengan produk pelancongan sejarah. Muzium Pendidikan UPSI (dahulu SITC) boleh dinaik taraf sebagaimana himpunan khazanah manuskrip Melayu klasik di Universiti Leiden, Belanda. Hotel yang dibina boleh menjalin kerjasama dengan UPSI untuk penganjuran seminar bertaraf antarabangsa tentang sejarah pendidikan di Tanah Melayu dan pendidikan perbandingan di seluruh dunia.
Tanjung Malim bukan sebuah pekan koboi yang sunyi sepi. Tanjung Malim ialah sebuah bandar taman ilmu yang memiliki sejarah dan sumbangan pendidikan yang berkait rapat dengan kemerdekaan negara. Sebelum wujud menara gading, Maktab Perguruan Sultan Idris (kini UPSI) ialah institut ilmu yang berjasa melatih pejuang bahasa dan bangsa...

Assalam..saya nak tanya kalau dapat sarjana sepenuh masa. Dia punya kuliah memang hari jumaat n sabtu jugak eh?
ReplyDeleteW.salam nuraveeka mohd said,
ReplyDeletetertakluk kepada jadual kuliah yang ditetapkan. berbeza antara universiti. di u m, hari biasa pun ada, tapi mula 3 petang ...