Penulis Skrip Drama: Ab. Manaf bin Kamarudin
Sumber ambilan: Antologi Harga Sebuah Lukisan, 2011: muka surat 111 - 125
Bilangan babak: 12
Bilangan watak aktif / terlibat dalam kata bual : 4 orang
Watak utama (protagonis) : Pangeran Syahbandar
Watak penentang (antagonis): Jahul
Watak pembantu / sampingan: Awang (orang kanan Pangeran), Pegawai Inggeris
Watak lain: penduduk kampung, polis-polis Kompeni, polis Sikh (dari Perak), Sultan Brunei
Latar tempat: Sungai Padas, markas / pejabat pegawai Inggeris, Kota Manggalela (kubu Pangeran)
Ringkasan Babak demi Babak
Babak 1:

Pangeran Syahbandar menyampaikan ucapan menegaskan Sungai Padas bukan jajahan British, tetapi dikuasai oleh adik Tuanku Hashim Jalilul Alam. Penduduk kampung bebas menjalankan kegiatan mencari rezeki tanpa takut. Dalam pada itu, mereka dikehendaki membayar cukai berdasarkan kemampuan masing-masing.
Babak II:
Tali barut Inggeris, Jahul melaporkan perihal Pangeran kepada pegawai Inggeris. Jahul juga membenarkan cakap pegawai Inggeris bahawa Sungai Padas termasuk dalam perjanjian pajakan oleh Sultan Brunei. Sebagai ganjaran kesanggupan membelot tanah air sendiri, Jahul diberi hadiah walaupun dia pura-pura menolak.
Babak III:
Di rumah, Pangeran Syahbandar marah kepada penjajah (kompeni durjana). Awang membangkitkan tentang peranan tali barut menyebarkan dakyah hanya kerana gelap mata dengan pujian dan sogokan penjajah. Pangeran membuat keputusan supaya malam hari itu juga mereka bertindak.
Babak IV:
Pasukan Pangeran bertempur dengan sekumpulan pembelot (tali barut kompeni) dan menawan mereka.
Babak V:
Jahul masuk ke pejabat pegawai Inggeris bagi melaporkan perkembangan tindakan Pangeran terhadap "rakyat" (baca: tali barut, pengintip, musuh dalam selimut) kompeni. Apabila Jahul mendesak tindakan balas, pegawai Inggeris tertawa angkuh, sambil mahu membuat bantahan kepada Sultan Brunei.
Babak VI:
Awang memaklumkan titah Sultan Brunei supaya tawanan dibebaskan, tetapi Pangeran enggan berganjak. Mereka nekad untuk menyerang markas kompeni Inggeris malam esoknya.
Babak VII:
Serangan dilakukan. Pasukan Pangeran berjaya membunuh banyak polis kompeni dan markas kompeni musnah.
Babak VIII:
Jahul berlagak sebagai batu api supaya kompeni segera bertindak menunjukkan kekuatan. Pegawai Inggeris melabel paneran sebagai pemberontak. Dia memberitahu Jahul bahawa Residen Inggeris telah membenarkan polis kompeni membuat serangan balas.
Babak IX:
Pertempuran berlaku. Pasukan Pangeran berjaya menyebabkan polis kompeni undur. Namun, Pangeran mengingatkan Awang supaya tidak lalai, sebaliknya sentiasa waspada. Dia menjangka bahawa Inggeris pasti datang lagi.
Babak X:
Pegawai Inggeris kagum dengan kebijaksanaan Pangeran membuat persediaan bagi menhan serangan kompeni, tetapi Jahul mengatakan kompeni lebih bijak. Pegawai Inggeris memberitahu serangan seterusnya mendapat bantuan polis Sikh dari perak dengan senjata apai yang lebih lengkap.
Babak XI:
Serangan berlaku pada waktu malam dengan bedilan meriam. Awang cemas kerana pasukan mereka hanya ada keris dan lembing. Namun, pangeran mahu terus berjuang.
Babak XII:
Awang melaporkan bahawa banyak anggota pasukan mereka gugur (terbunuh), manakala kubu Manggalela sukar dipertahankan. Pada mulanya Pangeran enggan mengaku kalah, tetapi Awang membayangkan risiko lebih buruk, iaitu mereka semua terkorban tanpa warisan (keturunan). Mereka telah berperang hampir empat bulan. Gabenor Inggeris menawarkan damai dan rundingan. Akhirnya, Pangeran sudah tiada pilihan melainkan keluar dari kubu Manggalela untuk menyerah diri, tetapi bertegas bahawa semangat untuk membebaskan tanah air bertambah kental...
Perbincangan Komsas
Perwatakan: cinta negara (patriotik), tegas, berwibawa, bijaksana (Pangeran); patuh (Awang); pembelot / pengkhianat (Jahul); angkuh (pegawai Inggeris)
Latar masyarakat: Masyarakat yang cintakan negara / bersemangat patrotik
: Masyarakat yang tegas
: Masyarakat yang berwibawa
: Masyarakat yang bijaksana / cekap merancang (strategi)
: Masyarakat yang patuh / setia / taat
: Masyarakat yang belot / khianat / derhaka / tidak setia
: Masyarakat yang angkuh / bongkak / ego /sombong / keras hati
Nilai murni: cinta kepada negara, ketegasan, kewibawaan, kebijaksanaan / kecekapan, kepatuhan / kesetiaan / ketaatan
Persoalan: Kecintaan terhadap negara sepenuhnya / tidak berbelah bahagi
: Ketegasan dalam pendirian / perjuangan / menghadapi (tipu helah) musuh
: Kewibawaan sebagai pemimpin / dalam memimpin (orang bawahan) / memberi arahan / perintah
: Kebijaksanaan / kecekapan dalam merancang / merencanakan strategi / tindakan
: Kepatuhan / kesetiaan / ketaatan kepada pemimpin / perjuangan / misi pasukan
: Pembelotan / pengkhianatan / penderhakaan / ketidaksetiaan kepada negara / tanah air / bangsa / pertiwi / nusa
: Keangkuhan / kebongkakan / keegoan / kekerasan hati pihak musuh / kaum penjajah
Pengajaran: Kita hendaklah cinta terhadap negara sepenuhnya / tidak berbelah bahagi
: Kita hendaklah tegas dalam pendirian / perjuangan / menghadapi (tipu helah) musuh
: Kita hendaklah mempamerkan wibawa sebagai pemimpin / dalam memimpin (orang bawahan) / memberi arahan / perintah
: Kita hendaklah bijaksana / cekap dalam merancang / merencanakan strategi / tindakan
: Kita hendaklah patuh / setia / taat kepada pemimpin / perjuangan / misi pasukan
Perbincangan kbkk (punca, faedah, akibat, cara)
Orang yang tamak sanggup menjadi pembelot / pengkhianat / penderhaka / api dalam sekam / gunting dalam lipatan / musuh dalam selimut / talam dua muka / ejen asing / pengintip upahan bagi memusnahkan anah air sendiri. Mereka sangat selesa berdampingan dengan pihak musuh unruk memperoleh habuan kebendaan. Golongan seperti itu mungkin dapat dikenal pasti secara jelas (watak Jahul = jahil?) dan secara sembunyi dengan menyelinap masuk dalam pasukan keselamatan, atau menggunakan kepakaran teknologi maklumat untuk menjual data atau maklumat keselamatan negara. Demikian punca yang dikenal pasti.
Cara mengatasi ialah mendidik generasi muda (di sekolah) tentang setia negara, serta memberi pendedahan yang mencukupi tentang bahana / bahaya perbuatan itu. Kalau sudah terlanjur, individu atau kumpulan yang dikenal pasti dan disahkan sebagai pengkhianat, hukuman paling berat perlu dikenakan. Pasukan risikan juga mesti terlatih dalam menghadapi golongan licik itu. Teknologi bagi memintas penghantaran data mesti dimajukan (dalam konteks zaman dahulu, perangkap mesti dipasang untuk memberkas Jahul)...

tidak ada sinopsis
ReplyDelete