Pengenalan
Diksi
- Rangkap 1 dan 2 memelihara skema rima akhir "a", manakala 3 rangkap seterusnya ialah rima akhir bebas.
- Pelanggaran hukum tatabahasa (dibenarkan dalam karya kreatif): kata pemeri pada awal ayat baris 2-4 rangkap 1
- Sinkof (perkataan yang dilemahkan): kau (rangkap 3 sepatutnya dicantum dengan perkataan di hadapannya)
- Perulangan: adalah (rangkap 1), angkara dadah telah mati seorang... (rangkap 2)
- Perlambangan: lorong hidup, laut masa depan
Tema: Keburukan dadah terhadap individu, bangsa, negara dan tamadun manusia.
Nilai Murni: Kebijaksanaan, kepekaan / keprihatinan, selalu berdoa, istiqamah, berhati-hati, berfikir panjang
Persoalan: Kebijaksanaan dalam memilih jalan hidup
: Kepekaan / keprihatinan terhadap bahaya dadah
: Amalan berdoa / istiqamah atau tetap pendirian
: Berhati-hati dalam membuat keputusan
: Berfikir panjang sebelum melakukan tindakan
: Kesan buruk penggunaan dadah
: Bahaya dadah terhadap masyarakat
: Petunjuk kehidupan yang sejahtera
: Cabaran memilih jalan kebaikan
Pengajaran: Kita hendaklah bijak memilih jalan hidup
: Kita hendaklah peka / prihatin terhadap bahaya dadah
: Kita hendaklah sentiasa berdoa / istiqamah / tetap pendirian dalam amalan
: Kita hendaklah berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan
: Kita hendaklah berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan
: Kita hendaklah menyedari tentang bahaya / kesan buruk dadah
: Kita hendaklah memilih jalan hidup yang sejahtera
: Kita janganlah memilih jalan hidup yang gelap / salah / songsang
: Kita hendaklah bersedia menempuh cabaran dalam kehidupan
nota hujung: fragmen = cebisan, pecahan
Penggunaan dadah terlarang merupakan masalah sejagat yang panjang sejarahnya, tetapi terus berleluasa serta mengancam keselamatan dan kesihatan sesebuah masyarakat. Shamsudin Othman cuba mengungkapkan perihal angkara dadah dan seruan supaya memilih jalan yang benar. Sajak 5 rangkap berkenaan termuat dalam antologi Harga sebuah Lukisan, muka surat 19.
Perbincangan Rangkap Demi rangkap
Maka seorang pujangga pun berkata,
"adalah dadah itu musuh utama negara
adalah dadah itu perosak jiwa
adalah dadah itu pembunuh semata-mata."
Sajak dimulai dengan gambaran keburukan dadah oleh seorang pujangga (bijak pandai) yang tidak dinamakan. Dadah ialah musuh utama negara, perosak jiwa dan pembunuh semata-mata. Orang yang terbabit dengan najis dadah terdedah kepada kematian sia-sia, rosak jiwa raga dan menjadi beban kepada negara.
Hari ini,
angkara dadah telah mati seorang negarawan
angkara dadah telah mati seorang seniman
angkara dadah telah mati seorang olahragawan
angkara dadah telah mati seorang jutawan
angkara dadah telah mati seorang sasterawan
angkara dadah telah mati seorang ilmuwan
angkara dadah telah mati seorang wirawan.
Dadah telah menyebabkan pembaziran modal insan yang sangat besar kepada negara. Penagih dadah yang sepatutnya menggilap potensi diri masing-masing dalam pelbagai bidang kehidupan seperti kepimpinan, bakat kreatif, sukan, perniagaan, akademik dan pejuang negara akhirnya menjadi insan yang tidak berguna. Mereka binasa gara-gara ketagihan dadah.
Bertahun-tahun kau hidup meracuni manusia
kau tidak mengenal anak, bapak, ibu, saudara atau keluarga
kau racun dalam khayal yang tidak terduga
seperti tercatat dalam sejarah
jatuh kota Melaka dan musnah kota merdeka
oleh candu, marijuana, morfin, heroin atau apa-apa sahaja namamu
kaulah penghancur sebuah tamadun bangsa dan negara.
Dadah menghancurkan hidup manusia tanpa mengira sesiapa jua. Dadah hanya menjanjikan impian palsu. Dalam sejarah, dadah meruntuhkan tamadun bangsa dan negara seperti kota Melaka dan banyak lagi.
Tuhan,
bekalkan aku kudrat iman yang tulus
untuk melewati lorong hidup
yang penuh onak dan duri
juga gelombang di laut masa depan
dewasa mengejar cita-cita
tegar memburu negara jaya.
Penyajak berdoa ke Hadrat Ilahi agar dikurniakan iman yang tulus (ikhlas, tuntas) supaya dapat mengharungi cabaran hidup yang penuh liku dan tipu daya. Penyajak berharap agar mampu menempuh cabaran hari muka yang tidak menentu demi mencapai impian hidup. Penyajak mahu menyumbang terhadap kejayaan negara.
Sahabat segenerasiku,
rimba di depan kita masih luas terbentang
mari kita pilih jalan lurus ke syurga
bukan lorong hitam ke neraka.
Penyajak memberi peringatan generasi semasa (kini) akan pilihan yang begitu banyak sebagai jalan kehidupan. Penyajak menyeru supaya hanya jalan lurus ke syurga (jalan yang baik, benar dan berguna) menjadi pilihan. Lorong hitam ke neraka (jalan yang gelap, salah dan songsang) hendaklah dijauhi.
Diksi
- Rangkap 1 dan 2 memelihara skema rima akhir "a", manakala 3 rangkap seterusnya ialah rima akhir bebas.
- Pelanggaran hukum tatabahasa (dibenarkan dalam karya kreatif): kata pemeri pada awal ayat baris 2-4 rangkap 1
- Sinkof (perkataan yang dilemahkan): kau (rangkap 3 sepatutnya dicantum dengan perkataan di hadapannya)
- Perulangan: adalah (rangkap 1), angkara dadah telah mati seorang... (rangkap 2)
- Perlambangan: lorong hidup, laut masa depan
Tema: Keburukan dadah terhadap individu, bangsa, negara dan tamadun manusia.
Nilai Murni: Kebijaksanaan, kepekaan / keprihatinan, selalu berdoa, istiqamah, berhati-hati, berfikir panjang
Persoalan: Kebijaksanaan dalam memilih jalan hidup
: Kepekaan / keprihatinan terhadap bahaya dadah
: Amalan berdoa / istiqamah atau tetap pendirian
: Berhati-hati dalam membuat keputusan
: Berfikir panjang sebelum melakukan tindakan
: Kesan buruk penggunaan dadah
: Bahaya dadah terhadap masyarakat
: Petunjuk kehidupan yang sejahtera
: Cabaran memilih jalan kebaikan
Pengajaran: Kita hendaklah bijak memilih jalan hidup
: Kita hendaklah peka / prihatin terhadap bahaya dadah
: Kita hendaklah sentiasa berdoa / istiqamah / tetap pendirian dalam amalan
: Kita hendaklah berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan
: Kita hendaklah berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan
: Kita hendaklah menyedari tentang bahaya / kesan buruk dadah
: Kita hendaklah memilih jalan hidup yang sejahtera
: Kita janganlah memilih jalan hidup yang gelap / salah / songsang
: Kita hendaklah bersedia menempuh cabaran dalam kehidupan
nota hujung: fragmen = cebisan, pecahan
TERIMA KASIH, CIKGU AZHAR.. BLOG CIKGU AMAT BERMANFAAT BAGI SAYA YANG MASIH BARU DALAM DUNIA PENDIDIKAN INI.
ReplyDelete