Sumber: Antologi Harga Sebuah Lukisan, 2011: muka surat 28 - 34
Penyelenggara: (Prof. Dr.) Mohd. Taib Osman, bekas Naib Canselor Universiti Malaya
Genre: Prosa Tradisional
Watak: Encik Siti, Tuan Puteri Sa'dung, Sultan Abdullah, raja benua Siam, Tuk Ca
Sinopsis:
Penyelenggara: (Prof. Dr.) Mohd. Taib Osman, bekas Naib Canselor Universiti Malaya
Genre: Prosa Tradisional
Watak: Encik Siti, Tuan Puteri Sa'dung, Sultan Abdullah, raja benua Siam, Tuk Ca
Latar tempat: Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung, Jembal, Kota Jelasin, Gunung Ayam, Siam, Mahligai, Cerang Bahana, bahtera utusan Siam
Sinopsis:
Raja Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung (nama asal Kelantan) ialah Encik Siti yang tidak bersuami, lalu mengambil anak angkat dari Jembal, Puteri Sa'dung. Tuan puteri kemudian dikahwinkan dengan Raja Abdullah, juga dari Jembal. Raja Abdullah diangkat menjadi sultan dan membuka sebuah kota yang diberi nama Kota Jelasin. Encik Siti pula berpindah sebagai raja di Gunung Ayam. Dalam masa yang sama, seorang raja benua Siam sangat berahi (tergila-gila) akan Puteri Sa'dung yang sudah pun bersuami. Raja Siam mengutus bala tentera untuk melanggar kota Jelasin dan merampas Puteri Sa'dung. Mulanya Siam dapat ditewaskan menerusi kesaktian Puteri Sa'dung. Namun, takdir menentukan bahawa rakyat negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung dilanda bala kelaparan. Angkatan Siam berjaya mengepung kota Jelasin, tetapi dengan kesaktian Puteri Sa'dung, sekalian kota parit dan istana ghaib ke Cerang Bahana di dalam hutan. Malangnya, Tuk Ca, ahli nujum raja Siam berjaya mengesan kedudukan Mahligai. Angkatan Siam yang terdiri daripada raja, menteri dan askar berjaya mengepung Mahligai hingga Sultan Abdullah tidak dapat berbuat apa-apa. Akhirnya, Puteri Sa'dung terpaksa diserahkan kepada pihak Siam dengan doa kepada Tuhan agar dapat lepas dari suratan kejahatan raja benua Siam.
Perwatakan: Berani, prihatin, tegas, patuh
Nilai: keberanian, keprihatinan, ketegasan, kepatuhan
Persoalan: keberanian dalam mempertahankan maruah isteri, negara
: keprihatinan terhadap keperluan perkahwinan
: ketegasan terhadap musuh
: kepatuhan kepada suami / ibu (angkat)
: keprihatinan terhadap keperluan perkahwinan
: ketegasan terhadap musuh
: kepatuhan kepada suami / ibu (angkat)
Pengajaran: Kita hendaklah berani dalam mempertahankan maruah (diri, keluarga, negara)
: Kita hendaklah prihatin terhadap keperluan mendirikan rumah tangga
: Kita hendaklah tegas terhadap musuh
: Kita hendaklah patuh kepada suami / ibu
: Kita hendaklah prihatin terhadap keperluan mendirikan rumah tangga
: Kita hendaklah tegas terhadap musuh
: Kita hendaklah patuh kepada suami / ibu
KBKK:
bersambung...
thanks..sebab membantu saya..saya diberi tugasan membuat power point presentation'..komsas ..Hikayat Seri Kelantan.dah jumpa hasil kerja cikgu.terima kasih banyak.halalkan ilmu yer.
ReplyDeleteterima kasih,cikgu...nota cikgu ni dapat membantu saya untuk menyiapkan nota BM....walaupun tak lengkap mana..takpe...janji siap..terima kasih bebanyak...
ReplyDeleteterima kasih cikgu atas perkongsian tersebut. Blog ini menjadi rujukan saya dalam menyiapkan tugasan sekolah :)
ReplyDeletesambunganya mana?
ReplyDeleteSaya pelajar tingktn 3...smua OK dah...cuma gaya bahasa he yg takde...
ReplyDeletecikgu mohon copy ,mintak halalkan tq
ReplyDelete