Pendahuluan
Watak merujuk kepada nama individu dalam cerita sama ada protagonis (watak utama) atau antagonis (saingan watak utama), sampingan dan lain-lain. Perwatakan pula ialah ciri, sifat atau atribut yang ditonjolkan oleh watak menerusi peristiwa dan tingkah laku yang digambarkan dalam cerita. Latar masyarakat pula ialah kategori masyarakat yang diwakili sama ada berdasarkan tingkah laku, taraf hidup, pekerjaan, kegiatan atau kecenderungan watak.
Ringkasnya, perwatakan mesti merujuk kepada seseorang watak secara khusus, manakala latar masyarakat merujuk kepada kumpulan perwatakan berkenaan. Contohnya, perwatakan watak utama novel "6:20" ialah Sukma. Perwatakan Sukma ialah peka, maka latar masyarakat boleh diklasifikasikan sebagai masyarakat yang peka, atau merujuk status Sukma, iaitu masyarakat pelajar universiti.
Perwatakan Watak Utama: Nur Sukma binti Haji Syaqir (pertama kali disebut dengan lengkap, muka surat 8)
bijak / pintar
peka / teliti / sensitif
tegas / tetap pendirian / istiqamah / asertif
tidak mudah mengalah / tidak mudah berputus asa
sikap ingin tahu yang tinggi
petah berhujah
tenang / tidak mudah panik / tidak cepat buntu / panjang akal / banyak idea
penyayang
menghormati ibu bapa
bertolak ansur / sanggup berkompromi
Perwatakan ahli keluarga Sukma
Tuan Haji Syaqir / ayah Sukma
bijak memimpin / berwibawa / berpengaruh
penyayang
pemurah / ambil berat
Puan Delia / ibu Sukma (pertama kali disebut oleh nenek Aim, bidan yang menyambut Sukma, muka surat 174)
penyayang / ambil berat
amanah
bijak menyimpan rahsia
sanggup menanggung risiko
perisik yang cekap / licik
Perwatakan Watak Antagonis
Iskandar
degil / keras kepala
mudah dipengaruhi / tiada pendirian
Jerry
keliru
tidak kuat amalan agama
Reny (ahli kumpulan WX2, penari tradisional Sarawak, muka surat 58)
sukar berahsia
Perwatakan Watak Sampingan
Rafiq
suka membantu
tekun belajar
Pak Rashid / pemandu keluarga Sukma
setia (kepada majikan)
Kak Ros (inspektor polis / jiran Sukma)
peramah
cekap dalam tugas
Teja
suka mengusik / bergurau
Profesor Darul (muka surat 7)
tegas
Aim (cucu bidan yang menyambut kelahiran Sukma)
Aim (bekas pekerja ladang keluarga Rafiq)
Nenek Aim
Tuk siak (muka surat 185)
Ehsan (muka surat 35)
Alvin (muka surat 46)
Su Ani / ibu saudara Teja / pemilik kafe Flora (muka surat 57)
Erman / ketua kumpulan Waris Cinta, kumpulan penari tradisional Sarawak (muka surat 57)
Pak Alias / pemilik warung nasi lemak kelas A / bekas pekerja ayah Sukma (muka surat 124)
perbincangan penuh bakal menyusul...
ada sinopsis tak? :D
ReplyDeleteTq cikgu kerana menyebarkan ilmu
ReplyDeleteassalam....
ReplyDeletesaya dh mncari dibeberapa buah kedai buku komsas 6:20 tp msh tiada dip[asaran...hrp cikgu dpt kongsi dgn lbh bnyk lagi...