Genre sastera: Prosa moden
Penulis cerpen: Amy Suzani Ainuddin
Sumber ambilan: Antologi Harga Sebuah Lukisan, muka surat 90 - 101
Watak utama: Puan Ainun / pemilik rumah di kejiranan berkenaan sejak 6 tahun
Watak lain: Hanif / anak Puan Ainun / adik Shafiq
: Shafiq / anak Puan Ainun / abang Hanif
: Mak Cik Cheng / jiran Puan Ainun
: Mak Cik Punita / jiran Puan Ainun / berusia 30-an / orang Ipoh
: Mak Cik Salbiah / jiran di sebeleh belakang rumah Puan Ainun / tukang beri resepi daging masak Minang
: Encik Hilal / suami Puan Ainun
Latar tempat: rumah Puan Ainun
: kawasan kejiranan berbilang kaum
Latar masa: petang (waktu memasak daging masak Minang / ketika keluarga Puan Ainun menikmati bubur kacang)
: pagi (ketika Puan Ainun menyidai pakaian / meninjau rumah Punita)
: satu minggu sebelumnya (imbas kembali Puan Ainun tentang jualan langsung Punita)
Sinopsis cerpen

Puan Ainun tersenyum kerana resepi daging masak Minang yang diberi oleh Puan Salbiah, jirannya menjadi. Sementera menunggu daging empuk, dia menyediakan empat biji mangkuk kaca untuk dihantar kepada jiran-jirannya. Dua orang anaknya, Shafiq dan Hanif ditugaskan menghantar masakan itu kepada Mak Cik Cheng dan Mak Cik Punita, sedangkan dia sendiri akan ke rumah Puan Salbiah. Bertukar-tukar makanan sudah menjadi biasa bagi mereka. Namun, apabila kembali, Hanif memberitahu bahawa Puan Punita menyuruhnya membawa balik pemberian mereka. Puan Ainun berasa pelik kerana dia dan Punita yang baharu menyewa 6 bulan di situ tidak pernah berselisih faham. Kemudian, Puan Ainun teringat peristiwa dia menolak dengan baik produk jualan langsung makanan kesihatan Punita. Dia mula syak bahawa Punita menyimpan dendam. Dua hari yang lepas pula Punita tergesa-gesa masuk kereta dan hanya tersenyum tanpa kata. Selama ini Puan Ainun biasa mengangkat pakaian jemuran Punita dan menyiram pokok bunga jirannya itu. Sejak itu, Puan Ainun nekad untuk renggang dengan Punita. Ketika melihat pagar rumah sewa Punita dikunci dengan mangga besar, Puan Ainun tambah geram kerana sebelum ini Punita akan meninggalkan kunci kepadanya.
Ketika asyik melayan perasaan tentang Punita sambil menyidai pakaian, Puan Ainun disapa oleh Puan Cheng. Masakan Puan Ainun dipuji dan akan dibalas dengan kek coklat. Walaupun Puan Ainun tidak lagi mahu menyiram pokok bunga Punita, tetapi Shafiq dan Hanif pula yang berbuat demikian tanpa disuruh. Setelah lima hari, baru Punita pulang, tetapi Puan Ainun pura-pura tidak nampak. Pada petang hari itu, Puan Ainum memasak bubur kacang dan menikmatinya bersama suami, Encik Hilal dan dua orang anak mereka. Dia hanya menghantar bubur kacang kepada puan Cheng, tidak untuk Punita. Ketika hendak berkemas, tiba-tiba Shafiq membimbit sebuah beg plastik berisi limau bali pemberian Mak Cik Punita. Puan Ainun muncung dan meminta Shafiq memulangkan semula limau bali itu. Shafiq terpinga-pinga, manakala Encik Hilal hairan akan "pergaduhan" itu. Encik Hilal hanya menggeleng tanda kesal apabila Puan Ainun bercerita tentang penolakan Punita tempoh hari. Encik Hilal mengingatkan bahawa Punita beragama Hindu dan tidak makan daging (lembu). Puan Ainun menepuk dahi, lalu bingkas ke dapur menyiapkan mangkuk bubur kacang untuk dihantar sendiri kepada Punita.
Perwatakan: peramah, pemurah, cekap / teliti, patuh / taat, suka menolong, tegas, menghormati jiran
Latar masyarakat: masyarakat perumahan berbilang kaum
: masyarakat yang peramah
: masyarakat yang pemurah
: masyarakat yang cekap / teliti dalam kerja (memasak)
: masyarakat yang patuh / taat (Syafiq, Hanif)
: masyarakat yang suka menolong orang lain / jiran tetangga
: masyarakat yang tegas (Puan Ainun tidak membeli produk jualan langsung Punita)
: masyarakat yang menghormati jiran tetangga
Nilai murni: keramahan, kemurahan hati, kecekapan / ketelitian, tolong-menolong, ketegasan, hormat-menghormati
Persoalan: Keramahan dalam komunikasi sesama jiran
: Kemurahan hati berkongsi makanan / rezeki
: Kecekapan / ketelitian dalam kerja
: Kepatuhan / ketaatan terhadap suruhan ibu bapa / nasihat suami
: Tolong-menolong sesama jiran
: Ketegasan dalam membuat keputusan
: Hormat-menghormati sesama jiran tetangga
Pengajaran: kita hendaklah ramah dalam komunikasi sesama jiran tetangga
: kita hendaklah murah hati dalam berkongsi nikmat makanan / rezeki
: kita hendaklah cekap / teliti dalam sesuatu pekerjaan
: kita hendaklah patuh / taat terhadap suruhan ibu bapa / nasihat suami
: kita hendaklah bersedia menolong jiran
: kita hendaklah tegas dalam membuat keputusan (dengan bijak / tidak menyinggung sesiapa)
: kita hendaklah menghormati jiran tetangga
Tema: perpaduan kaum dalam kawasan kejiranan

kbkk: berfikir dan bertindak secara holistik (timbang masak-masak, melihat semua sudut dan kemungkinan)
: kempen kejiranan yang berkesan
: kekangan komunikasi antara jiran tetangga
: kempen kejiranan yang berkesan
: kekangan komunikasi antara jiran tetangga
Assalamualaikum, trima kasih atas perkongsian cikgu.
ReplyDeletesalam...thanks atas perkongsain cikgu....
ReplyDeletetq 4 sharing ur notes....
ReplyDelete