Pengarang novel: Siti Jasmina binti Ibrahim
Muka suarat rujukan: 66 - 81
Watak utama: "Saya" (pencerita / sudut pandangan orang pertama) / Sukma
Watak lain: Aim / budak kecil berbaju Melayu muncul di hadapan pagar rumah Sukma kali kedua (6.20 pagi)
: Ibu Sukma / Puan Delila
: Pak Rashid / pemandu kenderaan keluarga Sukma
: Kak Ros / jiran Sukma / inspektor polis / usia 30-an / masih bujang / anak tunggal / tinggal sendirian
: Teja / teman rapat Sukma / kawan sama kuliah
: Rafiq / pemuda kacukan Melayu - Turki / pernag menetap di Amerika Syarikat / mahasiswa baharu
: Alvin / anggota kumpulan perbincangan tugasan tamadun Islam
: Jerry / rakan sekuliah Sukma, Teja, Alvin / Rafiq / pengikut kelab WX2
Latar tempat: rumah Sukma / kawasan luar hadapan pagar / ruang tamu
: sekitar kawasan perumahan rumah pangsa kos rendah
: kampus universiti / dewan kuliah (tempat Sukma belajar)
Latar masa: awal pagi / tepat 6.20 pagi / waktu Subuh / sesi peperiksaan kertas Tamadun Islam
Ringkasan bab
I

Masih kisah 2 minggu lepas. Kali ini Sukma menunggu di bangku rehat berdekatan pintu pagar rumah. Anak kecil yang sama muncul kali kedua. Kali ini dia tidak lari, tetapi memberitahu dia lapar. Apabila diajak masuk ke rumah, dia enggan. Sukma memintanya menunggu sementara dia mengambil makanan. Dia memberitahu namanya Aim. Suara ibu Sukma yang kuat menyebabkan Aim menghilang. Sukma kemudian ditemani Pak Rashid cuba menjejak Aim, termasuk di kawasan rumah pangsa kos rendah. Mereka tidak berjaya, tetapi Pak Rashid memberi jaminan akan terus membantu. Setiba di pagar rumah, kak Ros muncul dan menawarkan bantuan. Sukma cuba mengelak daripada bercerita di hadapan Pak Rashid yang kelihatan turut peka dengan perubahan sikap Sukma. Ibu Sukma mula menebak Sukma dengan soalan-soalan umpama Sukma sedang menyimpan rahsia dan bermasalah kesihatan. Sukma hanya ketawa.
II
Sukma bersedia untuk peperiksaan kertas Tamadun Islam dan memberi isyarat supaya Teja tenang sahaja. Mereka berdua dan Rafiq dapat menjawab soalan ujian dengan baik. Teja berterima kasih kerana Sukma banyak membantu. Mereka kemudian mencari Alvin dan Jerry untuk perbincangan tugasan. Sementara itu Teja dan Rafiq berbincang tentang maksud serang pengganas (teroris), manakala Sukma memberi perbandingan watak lakonan. Apabila Alvin dan Jerry tiba, Sukma diminta meneruskan huraian konsep teroris sebagai pelakon lagak ngeri, iaitu tidak dimiliki oleh mana-mana organisasi rasmi seperti gerila, pemberontak atau puak pemisah. Rafiq menyambung, tetapi Jerry lebih banyak termenung. Sukma menjelaskan bahawa pemerintah kuku besi juga menggunakan kaedah teroris, iaitu menakut-nakutkan (asal perkataan Perancis, deterrere). Jerry yang terkejut dengan soalan Jacobin Club 1975 masih dapat membuat huraian yang baik. Rafiq dan Alvin berjaya membuat Jerry pucat lesi apabila mengatakan mereka berdua melihat Jerry "di sana" malam sebelumnya. Mereka mendesak Jerry bercerita hal sebenar kerana curiga tentang kegiatan Jerry yang ada unsur teroris...
Perwatakan: bijak (Sukma dan kawan-kawan), sentiasa waspada (ibu Sukma), suka menolong (Pak Rashid)
Latar masyarakat: masyarakat pelajar universiti
: masyarakat pegawai polis (Kak Ros)
: masyarakat yang bijak
: masyarakat yang sentiasa waspada
: masyarakat yang suka menolong orang lain
Nilai murni: kebijaksanaan, kewaspadaan, tolong-menolong
Persoalan: Kebijaksanaan dalam berfikir / meneliti maklumat / mencungkil maklumat
: Kewaspadaan terhadap perubahan sikap anak / ibu / majikan
: Tolong-menolong dalam penyelesaian masalah
Pengajaran: Kita hendaklah bijaksana dalam berfikir / meneliti maklumat / mencungkil maklumat
Kita hendaklah waspada terhadap perubahan sikap anggota keluarga / rakan
Kita hendaklah tolong-menolong dalam menyelesaikan sesuatu masalah
kbkk: kemahiran keibubapaan
: bahasa mesra dalam keluarga
: batas pergaulan dalam kalangan pelajar
Perlukaannn kesemuaa sinopsis , setiap babak . :')
ReplyDeletePerlukan watak antagonis dan protagonis ni~ ..tak tau mna nk cri da...hmm
ReplyDelete