Pertumbuhan fizikal dan mental murid sekolah yang sedang meningkat remaja mesti diambil kira dalam proses pembelajaran mereka. Hari demi hari murid berusia remaja mengalami perubahan jasmani dan emosi. Tenaga mereka makin banyak, tetapi sering pula dikehendaki duduk diam, kaku dan membatu dalam sesuatu majlis.
Pakar pedagogi memberi saranan supaya kaedah gabung jalin antara isi pelajaran dengan pengalaman harian murid, antara kemahiran bertutur, membaca, mendengar dan menulis. Aktiviti bertutur, membaca dan menulis barangkali bukan masalah besar bagi kebanyakan murid. Hanya apabila tiba bab mendengar, ramai yang akan mengeluh.
Di dalam bilik darjah, guru mengaplikasi segala kaedah penyampaian terbaik supaya segala potensi dan fakulti kanak-kanak dapat dikembangkan ke tahap optimum. Menerusi aplikasi domain kognitif, afektif dan psikomotor; serta taksonomi Bloom dan prinsip somatik, murid diberi peluang untuk bergerak dan meluahkan fikiran dan perasaan mereka secara beradab dan teratur. Pendek kata, konsep komukasi pelbagai hala seperti kecerdasan pelbagai, pembelajaran aktif, akses kendiri, kontekstual, konstruktif dan macam-macam nama lagi dimanfaatkan.
Cabaran akan berlaku dalam majlis-majlis rasmi dan program kecemerlangan. Bilangan khalayaknya begitu ramai, sedangkan penyampai taklimat atau penceramah jemputan hanya seorang dua. Maka, jawatankuasa program harus meletakkan objektif yang lebih munasabah...

No comments:
Post a Comment