Wednesday, January 11, 2012

"RABU" BAB 3 NOVEL 6:20 (CONFLICTING EMOTIONAL DIRECTION)

Pengarang novel:  Siti Jasmina binti Ibrahim
Muka surat rujukan:  22 - 33

Watak utama:  "saya" / Sukma (pencerita / sudut pandangan orang pertama)
Watak lain:  Ibu Sukma / Puan Delila
                :  Ayah Sukma / Haji Syaqir
                :  Pak Rashid / pemandu keluarga Sukma
                :  Ros / jiran Sukma / inspektor polis
                :  Rafiq Mustaqeem / rakan sekuliah Sukma / pemuda kacukan Melayu - Turki
                :  Teja / rakan baik Sukma
                :  Profesor Darul / pensyarah tamadun Islam

Latar tempat:  rumah Sukma
                   :  dewan kuliah

Latar masa:  6.20 pagi / awal pagi / sesi kuliah

Ringkasan bab

Masih tentang imbas kembali kisah dua minggu lepas. Sukma menunggu detik 6.20 dengan resah, lalu ditegur oleh ibunya dengan nada sinis. Ibu mempelawa Sukma berjalan-jalan atau berjumpa kaunselor kerana beranggapan Sukma tertekan. Sukma hairan dengan sikap ibunya yang berubah setelah berhenti kerja dengan sebuah syarikat antarabangsa dan disahkan menghidap penyakit darah tinggi. Puan Delila melayan Sukma dan Haji Syaqir macam anak kecil. Tiba-tiba dua ekor anak kucing jenis Burman muncul di pintu pagar,tetapi sebaik sahaja Sukma menjenguk, kedua-duanya ghaib. Haji Syaqir mengajak Sukma menemaninya ke majlis sumbangan amal Persatuan Kraf Wanita pada sebelah malamnya. Walaupun Sukma tidak senang kerana sudah pasti Iskandar akan berada di sana, dia harus akur dengan permintaan ayahnya itu. Seketika kemudian Sukma terserempak dengan Ros yang keluar bertugas dengan pakaian preman / awam.

Di dewan kuliah, Rafiq telah pun sedia mengambil tempat di ruang pensyarah. Profesor Darul kemudian menghidupkan projektor dan meminta Rafiq memulakan penerangan tajuk "Kemasyarakatan Islam" berdasarkan pengalaman peribadi ketika belajar di Amerika Syarikat. Profesor Darul mengusik bahawa Sukma kini telah ada saingan, tetapi Rafiq merendah diri. Dia memberi pendapat tentang masyarakat Madinah dan membuat perbandingan dengan konsep Islam Hadhari Pak lah (PM ke-5). Teja mengusik Sukma kerana Rafiq asyik memandang ke arahnya seolah-olah meminta pengesahan. Namun, Sukma tidak dapat memberi tumpuan sepenuh hati, justeru dia masih tertanya-tanya tentang tetamu-tetamu yang muncul di hadapan pagar rumahnya setiap awal pagi berturut-turut.

Perwatakan:  prihatin (ibu Sukma), patuh / taat (Sukma), bijak, berani, merendah diri (Rafiq)

Latar masyarakat:  masyarakat pelajar universiti, masyarakat yang prihatin, masyarakat yang patuh / taat, masyarakat yang bijak, masyarakat yang berani, masyarakat yang merendah diri

Nilai murni: keprihatinan, kepatuhan / ketaatan, kebijaksanaan, keberanian, rendah diri / tawaduk

Persoalan:  keprihatinan seorang ibu tentang anak gadisnya
               :  kepatuhan / ketaatan seorang anak terhadap ibu bapa
               :  kebijaksanaan dalam berhujah
               :  keberanian dalam menyampaikan pendapat
               :  rendah diri / tawaduk ketika menerima pujian
             
Pengajaran:  kita hendaklah prihatin terhadap anggota keluarga
                 :  kita hendaklah patuh / taat terhadap ibu bapa
                 :  kita hendaklah bijaksana dalam berhujah
                 :  kita hendaklah berani dalam menyampaikan pendapat
                 :  kita hendaklah merendah diri / bersikap tawaduk ketika menerima pujian

kbkk:  peranan ibu bapa dalam mengawasi perkembangan diri anak-anak
        :  kreativiti dalam aktiviti pembelajaran

No comments:

Post a Comment