Pengarang novel: Dato' Abdullah bin Hussain
Muka surat rujukan: 113 - 125
Watak utama: Hilmi
Watak pembantu: Hayati (anak DatukJohari / Datin Salmah, tunang Mohsin, pelajar sekolah swasta)
: Mohsin (tunang Hayati / anak saudara Datin Salmah / pegawai bank)
: Datin Salmah / ibu Hayati / isteri Datuk Johari
: Datuk Johari / "ayah saudara" Hilmi / pemilik banglo / pegawai tinggi kerajaan
: Mak Minah (ketua pembantu rumah keluarga Datuk Johari / orang lenggeng, Negeri Sembilan)
Latar tempat: rumah / banglo Datuk Johari
: rumah Mohsin
Latar masa: awal pagi (Mohsin menerima panggilan telefon daripada Hayati)
: petang (Mak Minah balik dari kampung di Lenggeng)
: sebelum dekad 1990-an (belum ada teknolgi telefon bimbit, e-mel)
Ringkasan bab
Perwatakan: ambil berat / peka / prihatin (Hayati)
: penyayang (Hayati, Mak Minah)
: mementingkan darjat / kedudukan / keturunan / pangkat (Datin Salmah, Mohsin)
Latar masyarakat: masyarakat orang berada / kaya / berpangkat
: masyarakat yang ambil berat / peka / prihatin
: masyarakat yang penyayang
: masyarakat yang mementingkan darjat / kedudukan / keturunan / pangkat
Nilai murni: kepekaan / keprihatinan, kasih sayang
Persoalan: kepekaan / keprihatinan terhadap perasaan orang lain]
: kasih sayang sesama keluarga (Yati dengan "Bang Mi") / dengan pekerja (Hayati dengan Mak Minah)
: perbezaan darjat / kedudukan / keturunan / pangkat
Pengajaran: kita hendaklah mengambil berat / peka / prihatin terhadap perasaan orang lain
: kita hendaklah menyayangi sesama keluarga / manusia
kbkk: hubungan watak sampingan dengan watak utama
: tindakan watak penentang / protagonis dalam perkembangan konflik watak utama

Mohsin terperanjat dan keci hati kerana Hayati pulang tanpa memberitahunya sedangkan dia ada di rumah sepanjang malam. Dia cuba menahan emosi menerima panggilan telefon daripada Hayati pagi itu. Sebelum ke pejabat, Mohsin singgah di rumah Hayati, tetapi dia disambut oleh mak ciknya, Datin Salmah. Sangkaan Datin Salmah bahawa Hayati di bilik meleset, sebaliknya dia berbual dengan "Bang Mi" (Hilmi). Apabila dipanggil, Hayati mendongkol dan terpacul perkataan "mengganggu" daripada mulutnya, lalu membuatkan Hilmi senang. Hilmi dan Hayati sedang asyik dengan cerita masing-masing. Hayati melangkah longlai, dan dia berhadapan dengan Datin Salmah yang sedang emosi. Datin Salmah mula menaruh syak bahawa anaknya itu telah terkena angkara bomoh oleh Hilmi.
Hayati bersikap dingin dengan Mohsin. Kemudian, Hayati menyerahkan oleh-oleh berupa tali leher berjenama Christian Dior untuk Mohsin. Tenungan Datin Salmah difahami Hayati, lalu dia meminta Mohsin mengenakan tali leher itu. Mohsin berusaha mengambil hati Hayati, walaupun Datin Salmah jelas bingung. Datuk Johari keluar dan menyapa mereka. Datuk Johari memberitahu dia pulang awal kerana timbalan beliau di kementerian (Datuk Majid / bapa Fauziah) sakit jantung. Semasa sarapan, Hayati meminta diri menyebabkan Mohsin berasa pelik. Datin Salmah ingin memberitahu perubahan sikap Hayati kepada suaminya, tetapi dia tahu Datuk Johari sukar percaya akan hal karut seperti bomoh. Datin Salmah terkenang betapa dia akur sahaja dengan nasihat arwah ibunya untuk memikat Datuk Johari walaupun dia bukan suka sangat dengan cara kekampungan Datuk Johari.
Datin Salmah langsung ke bilik Hayati. Dia melahirkan rasa kurang senang dengan cara Hayati melayan Mohsin, sebaliknya makin rapat dengan Hilmi. Dia mengungkit tentang darjat dan terus melepaskan amaran walaupun Hayati menyuarakan bantahan. Datin Salmah nekad untuk mengusir Hilmi.
Setelah menerima panggilan telefon Datin Salmah menerusi balai polis Lenggeng, Mak Minah bergegas pulang ke Kuala Lumpur. Hajatnya untuk menuai padi terbantut, tetapi dia gembira kerana sangkaannya tentang berita buruk anaknya, Khalid meleset. Mak Minah disambut oleh Hayati yang dijaganya sejak kecil. Dia menyerahkan dodol kegemaran hayati sebagai oleh-oleh. Hayati pula memberi jam tangan buatan Swiss, langsung dipakaikan di lengan kiri Mak Minah. Orang tua itu gugup dan sangat terharu. Kebaikan Hayati menambat hati Mak Minah kepada rumah itu...
Perwatakan: ambil berat / peka / prihatin (Hayati)
: penyayang (Hayati, Mak Minah)
: mementingkan darjat / kedudukan / keturunan / pangkat (Datin Salmah, Mohsin)
Latar masyarakat: masyarakat orang berada / kaya / berpangkat
: masyarakat yang ambil berat / peka / prihatin
: masyarakat yang penyayang
: masyarakat yang mementingkan darjat / kedudukan / keturunan / pangkat
Nilai murni: kepekaan / keprihatinan, kasih sayang
Persoalan: kepekaan / keprihatinan terhadap perasaan orang lain]
: kasih sayang sesama keluarga (Yati dengan "Bang Mi") / dengan pekerja (Hayati dengan Mak Minah)
: perbezaan darjat / kedudukan / keturunan / pangkat
Pengajaran: kita hendaklah mengambil berat / peka / prihatin terhadap perasaan orang lain
: kita hendaklah menyayangi sesama keluarga / manusia
kbkk: hubungan watak sampingan dengan watak utama
: tindakan watak penentang / protagonis dalam perkembangan konflik watak utama
No comments:
Post a Comment