Budak kelas peralihan datang dari sekolah vernakular aliran bahasa Cina dan bahasa Tamil. Sebelum aliran Inggeris dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 1979, terdapat juga kelas peralihan bagi pelajar sekolah aliran Melayu yang berhasrat menyambung pengajian menengah di sekolah aliran Inggeris. Peruntukan waktu tertumpu kepada bahasa Melayu kepada bukan penutur jati yang kurang pula bergaul dengan budak Melayu semasa di sekolah rendah.
Penulis blog (PB) diarahkan untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu untuk kelas peralihan di sebuah sekolah di Bagan Datoh. Kecuali seorang dua, keseluruhan murid kelas berkenaan tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Setiap kali guru bercakap, murid akan bercakap pula sesama sendiri barangkali untuk "menterjemah" maksud cakap cikgu dalam bahasa ibunda mereka.
Guru kena banyak bersabar dan tidak terlalu cepat menegah mereka menggunakan bahasa ibunda sebelum dapat memenangi perhatian mereka untuk meningkatkan keyakinan diri bertutur dalam bahasa Melayu. Penggunaan alat bantu seperti kad imbas, lakaran atau foto sepertimana amalan pedagogi di kelas tadika harus bukan pelik sangat. Murid dikenalkan semula dengan asas pembentukan ejaan dan perkataan dalam bahasa Melayu.
Budak-budak dalam usia 13 tahun juga didapati sangat menggemari muzik. Cakera padat lagu-lagu rakyat seperti Can Mali Can dimainkan untuk diajuk dan dinyanyikan semula. Namun, aktiviti vokal seperti itu jarang-jarang dapat dilakukan kerana suara budak-budak peralihan sungguh nyaring dan berkemungkinan mengganggu kelas sebelah.
Apabila ketiadaan alat bantu teknologi tinggi, guru perlu lebih kreatif. Teknologi paling asas seperti penggunaan kapur (sekarang marker pen) pelbagai warna bagi membezakan suku kata harus digunakan. Seterusnya, guru membimbing murid seluruh kelas menyebut setiap suku kata secara beramai-ramai (korus) dengan tahap kenyaringan yang sesuai.
Pertumbuhan fizikal budak 13 tahun mengakibatkan mereka tidak tahan untuk duduk secara pegun atau statik dalam tempoh yang panjang. Maka, guru harus memanipulasi seluruh potensi somatik murid supaya segala pergerakan dirancang supaya tidak menimbulkan gangguan atau risiko kecederaan. Kaedah permainan yang sederhana sifatnya, tetapi terkawal mungkin berjaya mengekalkan minat murid untuk terus aktif dalam proses pembelajaran bahasa.
Jika ada murid yang sudah sedia cekap dan fasih berbahasa Melayu, guru boleh mengaplikasi konsep pembimbing bahasa rakan sebaya kepada budak berkenaan. Namun, seperti biasa kawalan mesti diteruskan supaya autoriti atau wewenang guru tidak pula diambil alih.
Kebolehan berbahasa sangat bergantung kepada penguasaan kosa kata. Aktiviti kuiz ala win, lose or draw boleh dicuba. Demikian juga teka silang kata atau sekadar teka huruf yang dihadkan kepada 10 kali sahaja boleh direka bentuk dengan teliti. Pertandingan anatara baris akan menggalakkan persaingan dalam berfikir.
Sesekali juga, murid boleh diminta melukis perkataan mengikut mood. Perkataan senyum misalnya dieja berdasarkan bentuk mulut yang sedikit terbuka dengan barisan gigi yang cantik berseri. Setelah semua murid diminta senyum, guru boleh mengembangkan idea tentang senyuman hingga menjadi satu ayat, satu perenggan dan satu karangan mudah.

Akhir sekali, guru mesti mempamerkan keikhlasan dan kesungguhan dalam proses membimbing murid peralihan agar mempelajari dan menguasai kemahiran berbahasa sepertimana yang dikehendaki dalam sukatan pelajaran. Andai guru dapat membimbing murid kelas peralihan secara berkesan, murid dapat menikmati proses pembelajaran yang hebat. Jasa guru kelas peralihan sentiasa menjadi sebutan murid justeru mereka telah mengalami transformasi kebahasaan yang luar biasa...
Saya tak tahan masuk kelas peralihan. Tak cukup tenaga saya untuk handle kelas tersebut. Kenapa teruk sangat ya? Adakah pelajar semasa di sekolah vernikular tidak belajar langsung etika2 dan tatasusila? Geram saya tengok mereka. Sudahlah pula, sekolah saya mmg terkenal dengan gangster-gangster sekolah.
ReplyDeleteberat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
ReplyDeletenamun, tidak ada salahnya menimbang saranan orang lain. bukan begitu, cikgu?
apa kata daripada cikgu habiskan tenaga cikgu sendiri, alihkan kepada tenaga murid kelas peralihan itu.
maka, proses perancangan dan reka bentuk pdp terbaik mesti diikhtiarkan. pengalaman daripada jurnal pendidikan atau laman sesawang, misalnya di kawasan petempatan golongan "kasar" di amerika syarikat dan afrika boleh dijadikan rujukan.
setelah itu, cikgu cuba buat analisis swot untuk kesesuaian aplikasinya di kelas peralihan cikgu sendiri.
mungkin kejayaan cikgu nanti bakal menjadi sebutan dan sebagai kes kajian terancang dalam pendidikan...
assalamualaikum...sya pun kna mengajar kelas peralihan. mereka sgt lah tidak mengendahkan guru. bila diberi kertas di campak sja. nk marah pon x bole sbb ada budak suka mengamuk. ada pelajar yang xnk buat kerja hasut pelajar lain jgn buat kerja. sgt stress
ReplyDeleteSalam cikgu
ReplyDeletelebih kurang cabaran berdakwah
kena ada uslub (kaedah), reka bentuk dan analisis persekitaran (swot)
kenal pasti pengaruh dominan positif, atau pengaruh dominan negatif untuk digunakan sebagai orang kanan guru
kesan makanan tidak halal mungkin sekali mempengaruhi tingkah laku mereka
cari jalan (melalui pembacaan, pengalaman orang lain, kisah benar yang difilemkan, misalnya to sir with love, cikgu limau kasturi, dll)
selamat menempuh cabaran cikgu, moga berjaya dan sentiasa tabah...
Saya dah hampir 10 thn mengajar kelas peralihan.menjadi guru kelas mereka....seronok sgt tak stres pun.memg mereka nakal...bising namun kena byk sabar dan guna psikologi utk mendidik mereka.saya sukakan cabaran sb itu sya sendiri pilih kekal menjadi guru kp walaupun bukan opsyen saya.alhamdulillah pentadbir sekolah pun dah beri kepercayaan kpd saya menyelaras kelas kp...pd pdgan saya ....w.pun meraka tidak pandai...nakal....namun mereka juga berhak mendapatkan ilmu pelajaran...mereka yg lepasan kp ini lah yg akan menegur guru apabila jumpa di luar sekolah dan mereka mampu berdikari bekerja...walaupun tidak mendapat keputusan yg baik...drpd pljr yg pandai...tp jd pengganggur terhormat.Biar lah cikgu lain tak suka dan memperlekehkan murid kp..tp saya tetap sayang mereka...saya ajar mereka abc,mengenal suku kata,sehingga boleh membaca dgn lancar..sahut cabaran sbg guru kp.
ReplyDeleteAjar kelas yg murid nya memg pandai lansung tidak mencabar sb mereka memg sedia tahu apa yg guru ajar...
Tahniah cikgu, perkongsian pengalaman yang hebat.
ReplyDeleteDicadangkan cikgu menulis sebuah buku atau novel. PTS (Ainon Mohd) memang berminat menerbitkan karya berbentuk memoir seperti itu.
Insya-Allah, akan menjadi ilmu yang sangat bermanfaat merentas zaman ...
saya juga mengajar di kelas peralihan.dan sekolah saya juga ramai pelajar india.motivasi saya seakan hilang sedangkan saya betul2 berazam untuk menjadi seorang guru yang baik.bagaimana untuk meningkatkan motivasi saya
ReplyDeleteCikgu Faiza,
ReplyDeleteBerat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Berhadapan dengan murid awal remaja yang mula akil baligh memang sangat mencabar. Pelbagaikan kaedah (pengajaran sebaya,silang kata, simulasi, dll) di samping berdoa semoga murid cikgu lembut hati. Hanya kepada Allah tempat kita mengadu dan berharap. Murid India juga makhluk ciptaan Ilahi. Teruslah berjuang ...
Salam Cikgu Azhar,
ReplyDeleteMasalahnya mereka tidak mahu lgsg mendengar kita bercakap.Saya pernah cuba membuat aktiviti kumpulan dan apabila ingin menerangkan cara untuk berbincang, suara mereka amat bising dan saya gagal untuk terangkan.Saya tidak suka guna kaedah rotan semasa mengajar tetapi cikgu melayu yang berjaya mengawal kelas adalah cikgu melayu yang garang dan menggunakan rotan.Buat pengetahuan tak kira lah kelas peralihan atau tingkatan 5 semuanya suka bercakap dan tidak mengendahkan guru.Terima kasih atas nasihat dan pandangan cikgu. Setiap hari saya berdoa agar saya dapat menjalankan amanah Allah ini, tetapi di sini saya takut rezeki saya tidak berkat akibat saya tidak mencapai objektif dalam pengajaran.
Salam Cikgu Faiza,
ReplyDeleteSaya telah bertanya guru lain yang memiliki pengalaman yang sama, termasuk penolong kanan di sebuah sekolah. memang angkat bendera putih. secara peribadi, saya pernah mengajar kelas tingkatan 4 (semua india lelaki) yang tidak cekap membaca dan tingkatan 3 (semua india perempuan) juga kes yang sama. saya ikut rentak mereka dan kemudian pancing perhatian mereka. Alhamdulillah, saya berjaya meraih penerimaan mereka walaupun bukan sepenuhnya.
saranan saya, guru merancang dan mencuba segala proses yang munasabah, keberhasilan isu yang lain. macam dakwah juga, kita hanya menyampaikan, urusan hidayah / petunjuk hak Allah.
Selamat maju jaya cikgu ...
Kelas peralihan tu maksudnya pelajar yang dari sekolah sjkc/sjkt ke smk biasa ka?
ReplyDeleteSalam…. Saya telah menawarkan diri untuk mengajar kelas peralihan pada tahun hadapan… saya sedar cabarannya sangat tinggi tetapi entahlah mengapa hati saya rasa tertarik untuk mencuba… selama ni saya mengajar tg 3, 4 dan 5 sahaja.. Terasa ingin beralih angin pula… dengan perkongsian2 ilmu dan pengalaman2 rakan2 di sini, saya berdoa agar Allah mempermudah urusan saya membantu murid2 tersebut dan secara tidak langsung membantu pihak sekolah juga… insya-Allah
ReplyDelete