Pengarang novel: Rohani binti Deraman
Muka surat rujukan: 38 – 43
Watak utama: “aku” / Tini / Hartini binti Hasrul / anak Puan Sarah / murid tingkatan 3
Watak lain: Satiah / kanak-kanak orang Asli / murid tingkatan 3 / rakan sekelas Tini
: papa / bapa Tini / Encik Hasrul / pegawai pertanian / bapa angkat Satiah
: mama / ibu Tini / Puan Sarah / suri rumah
: Pak Morit / bapa Satiah
: Mak Sukin / ibu Satiah
: Ali Sintok / ketua kelas 3 Teratai, SMK Kampung Kuala Batu, Jerantut, Pahang
: Ineng, Sinda, Mijod / murid 3 Teratai
: Cikgu Malik / guru kelas 3 Teratai
: Cikgu Anis / guru Bahasa Inggeris
Latar tempat: rumah keluarga Tini / kuarters pegawai pertanian
: kelas tingkatan 3 Teratai
Latar masa: sesi persekolahan pagi
: petang (ketika rakan dan cikgu melawat Satiah di rumah Tini)
Ringkasan bab
Setelah balik daripada rawatan awal di hospital, Satiah masih lemah. Pak Morit dan Mak Sukin sudi menerima pelawaan papa untuk bermalam dan menemani Satiah di rumah. Kira-kira pukul 3 pagi, Tini terjaga apabila Satiah mengaduh perlahan. Tini ke dapur menyediakan susu, tetapi ibunya tercegat di sana kerana menyangka ada kucing. Ketika hendak ke bilik, Tini terlanggar pula kaki Mak Sukin, lalu Mak Sukin terjaga dan terus menjenguk Satiah. Dia berjanji untuk membawa Satiah berjumpa dukun semula setelah peperiksaan selesai.
Keesokannya di sekolah, Tini dikelilingi kawan-kawan yang prihatin tentang perkembangan Satiah. Sinda mencadangkan mereka melawat Satiah, tetapi Ali Sintok meluahkan rasa bimbang. Mijod mencelah dengan mengata Ali sudah “nyanyuk” kerana Satiah di rumah Tini. Ali membuat andaian Satiah dibawa pulang ketika sakit, lalu Mijod pula yang bingung. Petangnya 25 orang murid 3 Teratai, Cikgu Malik dan Cikgu Anis menziarahi Satiah menyebabkan Satiah yang tidak biasa menerima tetamu tersipu-sipu malu. Mereka dijamu dengan cempedak goring dan kopi O. Papa berjanji akan mengadakan kenduri jika keputusan peperiksaan mereka cemerlang...
Perwatakan: peka / prihatin (Tini, papa, mama, Ali Sintok, Ineng, Sinda, Mijod, Cikgu Malik, Cikgu Anis)
: penyayang (Tini, papa, mama, Pak Morit, Mak Sukin)
: sabar / tabah (Satiah)
: ikhlas / budiman
: berfikiran konservatif (Pak Morit, Mak Sukin)
Latar masyarakat: masyarakat murid sekolah
: masyarakat orang Asli
: masyarakat yang penyayang
: masyarakat yang sabar / tabah
: masyarakat yang berfikiran konservatif
Nilai murni: kasih sayang,keikhlasan, kesabaran / ketabahan, berfikiran terbuka
Persoalan: kasih sayang sesama manusia
: kesabaran / ketabahan dalam menghadapi cabaran hidup / penyakit / penderitaan
: berfikiran terbuka terhadap perubatan moden
: keikhlasan dalam menghulurkan pertolongan
Pengajaran: kita hendaklah berkasih sayang sesama manusia
: kita hendaklah sabar / tabah dalam menghadapi cabaran hidup / penyakit / penderitaan
: kita hendaklah ikhlas dalam pertolongan
kbkk: cara mempengaruhi pemikiran masyarakat
No comments:
Post a Comment