Masa itu penulis blog (PB) baharu tamat pengajian sarjana muda ekonomi dari UKM dan mengajar di sekolah lama, iaitu di SMK Seri Perak, Teluk Intan. Antara lain, PB ditugaskan mengajar ekonomi untuk dua kelas jurusan sains dan sebuah kelas jurusan sastera. Salah sebuah kelas berkenaan terdiri daripada hanya 11 orang pelajar perempuan keturunan Cina yang memiliki latar belakang Matematik Tambahan yang sangat bagus, dengan hampir keseluruhan mereka memperoleh pangkat A1 dan A2 dalam kertas berkenaan di peringkat SPM.
Kelas berkenaan sangat aktif dan boleh dikatakan sangat meriah (happening). Mereka akan terus bertanyakan soalan secara spontan apabila terdapat penjelasan teori ekonomi atau jalan kiraan yang kurang difahami. Malah, setelah PB menamatkan sesi pembelajaran, mereka akan datang berkerumun untuk bertanya pelbagai soalan. Pendek kata, untuk menghadapi pelajar-pelajar cemerlang dan berkepekaan tinggi seperti mereka, PB mesti cukup bersedia.
Salah seorang pelajar yang paling pintar ialah C (nama ringkas sahaja). Sedang PB menjelaskan hubungan geometrik antara keluk jumlah utiliti dengan keluk utiliti sut, C bingkas bangun dan terus mengatakan "cikgu silap!". PB agak tergamam, tetapi masih bersahaja mendengar hujah C.
Ternyata C memang hebat dan memiliki justifikasi dalam menyatakan pendapat. Mujur juga C tidak perasan akan label paksi untuk keluk utiliti sut menyebabkan keluk berkenaan bercerun negatif sepenuhnya, bukan berbentuk seperti keluk keluaran sut yang memotong puncak keluaran purata dalam fungsi pengeluaran. PB memang harus sentiasa teliti dengan setiap langkah penjelasan teori, grafikal dan hitungan agar momentum pembelajaran pelajar cemerlang terus kuat.
C akhirnya memperoleh prinsipal A dalam kertas ekonomi, sesuatu yang sukar dicapai ketika itu. Rakan-rakan sekelas C juga mencatat kejayaan 100 peratus prinsipal, iaitu jika dalam gred semasa, minimum gred C yang digunakan sejak tahun 2003. C kemudian menamatkan pengajian ijazah pertama di sebuah universiti tempatan dengan kepujian kelas pertama.

Kelebihan C ialah dari segi kebolehan berfikir secara abstrak dan kuantitatif yang digilap dalam mata pelajaran Matematik Tambahan dan Matematik Tulen tingkatan 6 aliran sains. C berupaya menjelaskan hubungan antara pemboleh ubah yang menjadi asas kebanyakan teori ekonomi. Kebolehan C juga dapat membantu rakan sekelas yang turut mencatat pencapaian membanggakan.
Pendekatan pembelajaran pelajar yang memiliki latar belakang kuantitatif yang kukuh memang berbeza dengan budak sastera dan kemanusiaan. Guru ekonomi perlu merancang reka bentuk penyampaian yang berbeza justeru budak sastera lebih banyak menggunakan hemisfera otak kanan dalam pengamatan pembelajaran mereka. Kaedah anekdot dan analogi biasanya lebih sesuai sebelum dibawa kepada perbincangan yang lebih bersifat abstrak dan kuantitatif.
Seorang bapa pelajar ekonomi pernah memberitahu PB bahawa anaknya ialah penonton televisyen tegar. Dia agak terkejut apabila PB mengatakan bahawa tingkah laku anaknya itu tidak perlu diubah, sebaliknya sedikit ubah suai dari segi pembelajaran dilakukan, iaitu belajar sambil menonton, bukan menonton sambil belajar. Pelajar berkenaan akhirnya juga mencatat gred A dalam kertas ekonomi, sama seperti C dahulu...
Assalamualakum Cikgu Azhar, Saya tidak Ada subjek ekonomi Dalam STPM dan Cuma Dalam SPM Saya belajar ekonomi Asas. Dalam SPM ekonomi Saya mendapat gred C, mathematic gred C dan math tambahan Saya Gagal. Apa pendapat Cikgu Azhar jika Saya ingin melanjutkan ijazah Pertama Dalam bidang Ekonomi???
ReplyDeleteW.salam Ahmad Fahim,
ReplyDeletesyarat khas fakulti ekonomi ialah minimum gred C dalam kertas ekonomi stpm atau kelayakan matrikulasi, asasi dan diploma berkaitan. jika layak masuk UA boleh buat memasuki mana-mana fakulti, nanti sambung sarjana ekonomi. jalan paling mudah ialah memasuki universiti swasta.
Wallahu a'lam ...