Pengarang novel: Rohani binti Deraman
Muka surat rujukan: 108 - 116
Watak utama: Hartini Ayu / Tini / "aku" (pencerita / sudut pandangan orang pertama)(murid tingkatan 4)
Watak pembantu: Satiah (saudara angkat Tini / murid tingkat 4 / keturunan orang Asli)
: Angah (abang kedua Tini)
: Mak Sukin (ibu Satiah)
: Pak Morit (bapa Satiah)
: Akob (adik Satiah)
: Amat (adik Satiah)
: papa / bapa Tini / Encik Hasrul / pegawai pertanian
: mama / ibu Tini / Puan Sarah / suri rumah
: Ustaz Amin (guru Pendidikan Islam, SMK Kuala Batu, Jerantut)
Latar tempat: rumah Tini
: rumah Satiah
: wad unit rawapan rapi (ICU), Hospital Jerantut
: tanah kubur
Latar masa: petang (Satiah menunggu Tini di rumahnya, Satiah dijumpai terlentang di tepi perigi berlumuran darah)
: malam (seisi kekluarga Hartini, Satiah berada di hospital)
: pagi (Tini tersedar daripada pengsan, menyaksikan pengkebumian Satiah atas hajat Pak Morit)
Ringkasan bab

Kemuncak atau klimaks novel Cempaka Putih Untukmu sudah tiba. Tini yang baru pulang bercuti setelah bebas daripada kes pil ecstacy tidur sepuas-puasnya hingga dia tidak menemani Satiah pulang ke rumahnya. Apabila tersedar, Tini terus ke sana, tetapi dia hanya menjumpai Satiah yang sudah kaku berlumuran darah dengan nafas yang sangat perlahan. Satiah dibawa ke hospital. Doktor memberitahu Satiah tiada harapan lagi. Tini berat hati untuk menjenguk Satiah yang pucat dan lesu, namun Tini akur. Tini mengajarkan kalimah syahadah dan berbisik untuk saling memohon maaf. Apabila Satiah disahkan meninggal dunia, Tini pengsan dan hanya sedar ketika di rumah. Kenduri kesyukuran bertukar menjadi majlis pengurusan jenazah. Ustaz Amin cuba menenangkan Tini supaya menerima kenyataan. Tini tidak mahu kalah, sebaliknya ingin melihat sendiri sekujur tubuh kaku Satiah. Tini mencium pipi Satiah yang sedingin ais, sambil berbisik seakan bercakap dengan Satiah. Penyempurnaan jenazah ditangguh hingga Tini sedar (11 pagi) atas permintaan Pak Morit supaya Tini melihat sendiri hingga selesai pengkebumian sahabat karibnya itu. Selesai pengkebumian, Tini terduduk di pinggir kubur Satiah...
Perwatakan: penyayang (seluruh anggaota keluarga Tini, satiah)
: peka / prihatin / ambil berat (Hartini, Satiah, Pak Morit, Ustaz Amin)
: sabar / tabah (keluarga Satiah)
: setia kawan (Hartini)
Latar masyarakat: masyarakat yang penyayang
: masyarakat yang peka / prihatin / ambil berat
: masyarakat yang sabar / tabah
: masyarakat yang setia kawan
Nilai murni: kasih sayang, kepekaan / keprihatinan, kesabaran / ketabahan, kesetiakawanan
Persoalan: kasih sayang sesama keluarga / manusia
: kepekaan / keprihatinan terhadap nasib orang lain
: kesabaran / ketabahan dalam menempuh dugaan / ujian / musibah
: kesetiakawanan sejati hingga akhir hayat
Pengajaran: kita hendaklah menyayangi sesama keluarga / manusia
: kita hendaklah peka / prihatin terhadap nasib orang lain
: kita hendaklah sabar / tabah dalam menempuh dugaan / ujian / musibah
: kita hendaklah setia kawan hingga akhir hayat
kbkk: unsur saspens yang membabitkan watak utama, sampingan
No comments:
Post a Comment