Pengarang novel: Rohani binti Deraman
Muka surat rujukan: 88 - 95
Watak utama: Hartini / Tini / "aku" (pencerita / sudut pandangan pertama; murid tingkatan 3)
Watak penentang / antagonis: Junainah (penghuni asrama sebilik dengan Tini, Nora)
Watak pembantu: Nora (teman sebilik Tini di asrama SMK Puncak Wawasan, Raub)
: Najmi (juga teman sebilik Tini, Nora)
: Puan Norjihan (warden asrma)
: Pengetua SMK Puncak Wawasan, Raub)
Latar tempat: bilik asrama SMK Puncak Wawasan, Raub
: bilik pengetua
Ringkasan bab
Muka surat rujukan: 88 - 95
Watak utama: Hartini / Tini / "aku" (pencerita / sudut pandangan pertama; murid tingkatan 3)
Watak penentang / antagonis: Junainah (penghuni asrama sebilik dengan Tini, Nora)
Watak pembantu: Nora (teman sebilik Tini di asrama SMK Puncak Wawasan, Raub)
: Najmi (juga teman sebilik Tini, Nora)
: Puan Norjihan (warden asrma)
: Pengetua SMK Puncak Wawasan, Raub)
Latar tempat: bilik asrama SMK Puncak Wawasan, Raub
: bilik pengetua
Latar masa: malam (Tini tidak boleh tidur ekoran peristiwa dia tertampar mulut Junainah hingga berdarah)
: 10.30 pagi (Tini, Nora dan Najmi dipanggil ke bilik pengetua, berhadapan Puan Norjihan, Junainah)
Ringkasan bab
Sudah tiga bulan Tini di asrama, hidup berdikari. Sudah empat pucuk surat Satiah diterima terselit bunga berwarna putih. Tini menulis surat setiap hari, tetapi dipos sekali gus seminggu. Nora mengerti keakraban Tini dengan Satiah, tetapi Junainah sengaja suka mencari pasal. Akibat berasa dihina, Tini mula melenting. Tini juga mematikan radio yang dipasang dengan kuat oleh Junainah. Demi Junainah meludah mukanya, Tini spontan menampar mulut Junainah, lalu berdarah. Junainah berjaya menarik perhatian Puan Norjihan untuk membawa kes itu ke pengetahuan pengetua, walaupun Tini merayu. Nora dan Najmi berjanji akan menyokong Tini. Malam itu, Tini gtidak dapat melelapkan mata walaupun sepicing. Tini ingin memohon maaf daripada Junainah, tetapi dia tidur di bilik lain.
Di bilik pengetua keesokannya, Junainah cuba memancing emosi pengetua, tetapi dia gagal. Pengetua mahu berlaku adil dengan mendengar keterangan Tini, Nora dan Najmi pula. Malah, tanpa disangka, Najmi yang pendiam itu mengatakan dia memang bercadang membuat laporan tentang sikap Junainah pada masa yang sesuai. Akhirnya, pengetua membuat keputusan untuk memberikan amaran terakhir. Junainah diingatkan peraturan tiada kaitan dengan status keluarganya yang kaya. Tini diminta menggandakan kesabaran. Mereka disuruh bersalaman, namun Junainah seperti terpaksa melakukannya di hadapan pengetua.
Perwatakan: setia kawan (Tini menulis surat buat Satiah setiap hari; Nora, Najmi membela Tini yang dianiaya)
: bongkak / sombong / mementingkan diri (Junainah celupar, mengganggu teman sebilik)
: tergesa-gesa / kurang usul periksa (Puan Norjihan tidak membuat siasatan lanjut)
: adil / tegas (pengetua tidak mudah dipengaruhi oleh aduan Junainah, Cikgu Norjihan)
Latar masyarakat: masyarakat yang setia kawan
: masyarakat yang bongkak / sombong / mementingkan diri
: masyarakat yang tergesa-gesa / kurang usul periksa
: masyarakat yang adil / tegas / tidak mudah dipengaruhi
Nilai murni: kesetiakawanan, kemesraan, ketelitian, keadilan / ketegasan
Persoalan: kesetiakawanan dalam persahabatan
: sikap bongkak / sombong / mementingkan diri membawa keburukan
: sikap tergesa-gesa / kurang usul periksa menjejaskan wibawa diri
: keadilan / ketegasan dalam membuat keputusan / pertimbangan / kepimpinan
Pengajaran: kita hendaklah setia kawan dalam persahabatan
: kita janganlah bongkak / sombong / mementingkan diri dalam hidup bermasyarakat
: kita janganlah tergesa-gesa / kurang usul periksa dalam menangani sesuatu perkara
: kita hendaklah adil / tegas / tidak mudah dipengaruhi dalam membuat keputusan / pertimbangan / kepimpinan
kbkk: cara watak utama menghadapi konflik
No comments:
Post a Comment