Institusi
pendidikan (IP) ialah organisasi yang memupuk pembelajaran (nurture learning). Maka, segala aktiviti
yang berkaitan dengan ilmu, proses sosialisasi dan penjanaan modal insan minda
kelas pertama berlaku di IP. Tidak hairanlah jika konsep integrasi 1M lebih
mudah disebarkan menerusi IP atas landasan menyemarakkan perkembangan ilmu dan
amalan nilai murni.
Justifikasi
1 Kesediaan minda (mindset readiness)
Sebagai organisasi yang memupuk pembelajaran, aktiviti di IP menjurus
kepada pemerolehan ilmu dan sikap terbuka. Segala
nilai yang terkandung dalam konsep 1M lebih mudah disebarkan. Generasi muda lebih
bertolak ansur terhadap perubahan. Mereka tidak bersikap taksub (fanatik) melulu,
sebaliknya masih boleh menerima idea baharu.
2 Iklim / budaya IP yang positif
Warga IP sudah terbiasa dengan komunikasi
yang mesra dan beradab. Mereka akan mempamerkan maklum balas yang ikhlas terhadap
lontaran idea-idea baharu. Buktinya, sebarang idea pembaharuan disasarkan kepada
IP sama ada dari segi perubahan kurikulum atau program ad-hoc. Konsep integrasi 1M boleh diterapkan dalam aktiviti kurikulum atau program ad-hoc IP yang lain.
3 Sokongan kepimpinan / pentadbiran IP
Semua IP diterajui oleh individu yang telah
melepasi tapisan keutuhan (integrity
scanning) yang ketat oleh pihak berkuasa pelajaran.
Mereka ialah kumpulan profesional yang berpegang kepada etika dan ikrar
perkhidmatan. Maka, segala usaha yang mendatangkan kebaikan kepada masyarakat dan negara pasti
menjadi sebahagian tanggungjawab hakiki mereka. Konsep integrasi 1M akan menerima
sokongan padu untuk disebarkan di IP.
4 Komposisi warga IP
Warga IP datang daripada pelbagai latar
belakang kepercayaan dan sosioekonomi. Mereka perlu diikat dengan satu gagasan dan
nilai umum yang bersifat universal. Konsep integrasi 1M ialah satu pendekatan
yang dapat menjadi jambatan untuk mencantum segala perbezaan yang ada. Demi
membina sebuah masyarakat yang harmonis dan menghormati kepelbagaian,
konsep integrasi IM sangat sesuai dan mudah dilontarkan di IP yang mendambakan nilai
bersama.
5 Disiplin dan peraturan di IP
Warga IP terikat kepada tatacara disiplin
dan kod tingkah laku yang tetap. Segala dasar kerajaan yang terkini mesti diambil tahu.
Dengan sistem pergerakan dan pembelajaran yang tetap, konsep 1M mudah disebarkan.
Aktiviti pembelajaran dan tugasan secara berkumpulan sangat serasi dengan 1M.
6 Infrastruktur maklumat
Di IP, maklumat boleh disebarkan menerusi
pelbagai cara seperti poster, media house, risalah, tajuk tugasan dan kempen. Akses
konsep integrasi 1M lebih mudah kerana warga IP mudah dihimpun untuk program rasmi.
Paparan laman web IP juga boleh menyediakan ruang untuk promosi integrasi 1M.
No comments:
Post a Comment