Thursday, May 10, 2012

PELAJAR PRAUNIVERSITI TINGKATAN 6 PERLU HORMATI GURU LAIN (DEVELOP HEALTHY RELATIONSHIP IN SCHOOL)

Sejak penjenamaan semula program pengajian prauniversiti tingkatan 6 tiga tahun yang lalu, pelajar tingkatan 6 diburu kesibukan aktiviti kurikulum, kokurikulum dan penyelidikan. Kini, dengan pelaksanaan sistem modular, kumpulan pelajar berkenaan akan bertambah sibuk, serta sentiasa mengejar waktu. Maklumlah setiap semester harus berhadapan dengan peperiksaan STPM.

Tumpuan tahap tinggi terhadap keperluan pengajian mengakibatkan minda pelajar tingkatan 6 padat dengan aktiviti pembelajaran. Apabila berjalan, mereka bagaikan tidak nampak orang lain yang berselisih dengan mereka. Mata mereka memandang, tetapi minda mereka berada di ruang yang sukar difahami.

Seperti lagak pelajar universiti, mereka akan sibuk berkejar ke sana ke mari untuk persiapan tugas kurikulum yang merangkumi kuliah, tutorial, kuiz, ujian dan kerja kursus. Kemahiran insaniah menerusi reka bentuk aktiviti kokurikulum dan kepimpinan juga perlu dijaga. Maka, bukanlah aneh andainya pelajar tingkatan 6 seperti berada dalam dunia mereka yang tersendiri.

Otak pelajar tingkatan 6 yang saban waktu ligat berfikir menyebabkan mereka kelihatan seperti bersifat sangat keakuan, mementingkan diri sendiri semata-mata dan sombong. Kalau mereka masih belajar di sekolah lama, mereka seperti tidak kenal lagi dengan guru semasa mereka dari tingkatan satu hingga tamat SPM. Justeru, terlalu leka dengan dunia baharu prauniversiti, guru yang pernah berjasa kepada mereka tidak sempat disapa.

Pelajar prauniversiti tingkatan 6 sedang melalui tempoh yang kritikal dan sukar dalam proses persediaan merebut tempat di universiti terbaik. Kejutan masa hadapan yang mencabar itu telah mempengaruhi pembawaan dan watak mereka. Keupayaan menyesuaikan diri bergantung kepada penghayatan adab dan disiplin yang luhur.

Apa-apa pun alasan dan justifikasi, pelajar tingkatan 6 tidak wajar membiarkan hubungan komunikasi dan kemesraan mereka dengan warga sekolah yang lain terjejas. Sesibuk mana pun, semua guru perlu disantuni selayaknya. Paling tidak, pelajar prauniversiti tingkatan 6 perlu menghadiahkan senyuman dan mengucapkan salam kepada guru dan kakitangan sekolah selain guru yang mengajar mereka...

bersambung...

No comments:

Post a Comment