Sunday, June 3, 2012

"AHAD PAGI" BAB 17 NOVEL 6:20 (UNITED IN ERROR))

Pengarang novel:  Siti Jasmina binti Ismail
Muka surat rujukan:  214 - 221

Watak utama:  Sukma (pelajar universiti) / "saya" (sudut pandangan orang pertama, pencerita)
Watak pembantu:  Kak Ros  (jiran Sukma / inspektor polis)
                          :  Teja  (teman rapat Sukma / rakan sekuliah)
                          :  Jerry  (rakan sekuliah Sukma / anggota WX2)

Latar tempat:  di hadapan markas Kelab WX2

Latar masa:  pagi

Ringkasan bab

Sukma, Teja dan Kak Ros sudah berada di hadapan kelab WX2. Sukma berkeras mahu mengikut Kak Ros ke dalam, sedangkan Teja diminta menunggu di kereta. Sebaik daun pintu ditolak, tiada bukti ditemukan. Kak Ros menjelaskan tatacara serbuan berasaskan aduan atau arahan mahkamah. Tiba-tiba Teja masuk dan memberitahu Jerry mencari Sukma. Jerry serta keluarga mahu menghilang selama sebulan di rumah pak ciknya. Sukma cepat-cepat membuka pintu kereta, lalu meminta Jerry memberi keterangan. Pada mulanya Jerry enggan justeru bimbang akan keselamatan dirinya. Setelah berbincang dengan keluarganya, Jerry setuju menceritakan perihal sebenar kelab WX2 yang mengongkong pengikut atas nama kebebasan, pilihan dan kehidupan sejagat. Anggota WX2 juga diberi suntikan "Pati 1" yang merupakan cecair eksperimen kuasa besar untuk mempengaruhi generasi muda. Anggota yang ingkar atau membongkar rahsia akan dikenakan suntikan yang membunuh mangsa perlahan-lahan tanpa sebarang bukti forensik. Sama seperti Abang Aim yang dianggap menghidap Aids, tetapi sebenarnya bahana suntikan dadah WX2. Sebelum berlalu, Jerry menjelaskan konsep ruang sepi berasaskan waktu, iaitu mulai 11 malam hari tertentu, bukannya tempat yang khusus seperti yang disangkakan. Perasaan syak Sukma terhadap ibunya semakin menebal. Dia membuat andaian bahawa ibunya pandai berpura-pura di sebalik watak keibuan di rumah. Selepas menurunkan tandatangan memberi keterangan, Jerry meminta Sukma supaya tabah apabila mengetahui "pemimpin" WX2, tetapi tidak mahu Sukma bertindak sendirian...

Perwatakan:  berani (Sukma sanggup mengambil risiko mengikut Kak Ros melakukan siasatan)
               :  amanah  (Kak Ros berpegang kepada tatacara piawai operasi, standard operation procedure, SOP)
                  :  jujur / berterus terang  (Jerry memberi maklumat sebenar kepada pihak polis, Kak Ros)
                  :  setia kawan  (Teja menemani Sukma tanpa rungutan)

Latar masyarakat:  masyarakat pelajar universiti
                          :  masyarakat anggota polis
                          :  masyarakat yang berani
                          :  masyarakat yang amanah
                          :  masyarakat yang jujur / berterus terang
                          :  masyarakat yang setia kawan

Nilai murni:  keberanian, amanah, kejujuran / terus terang, kesetiakawanan

Persoalan:  keberanian dalam mencari kebenaran
               :  amanah dalam pekerjaan / tugas
               :  kejujuran / terus terang dalam memberi maklumat / keterangan
               :  setia kawan dalam persahabatan / pergaulan

Pengajaran:  kita hendaklah berani dalam proses mencari kebenaran
                 :  kita hendaklah amanah dalam menjalankan sesuatu pekerjaan / tugas
                 :  kita hendaklah jujur / berterus terang dalam memberi maklumat / keterangan
                 :  kita hendaklah setia kawan dalam persahabatan / pergaulan

kbkk:  kematangan watak utama dalam membuat keputusan / menangani dilema / konflik

No comments:

Post a Comment