Suruhanjaya Khas Mengkaji
Transformasi Perkhidmatan Awam meminta orang ramai mengemukakan
teguran dan cadangan untuk menambah baik mutu perkhidmatan awam. Pengerusinya, Tun Zaki Azmi, berkata
cadangan atau teguran itu bertujuan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan
penyampaian perkhidmatan, selain memperkasa modal insan perkhidmatan awam yang
responsif kepada kehendak pelanggan. Kalau orang awam tidak berpuas hati dengan cara
perkhidmatan awam, jabatan atau kementerian diuruskan dan dijalankan, mereka
boleh membuat cadangan kepada suruhanjaya.
“Suruhanjaya sekarang memerlukan teguran daripada tiap-tiap individu untuk
menambah baik perkhidmatan awam, contohnya daripada seseorang yang pergi
hospital kerajaan kena tunggu tiga hingga empat jam untuk berjumpa doktor,
lepas itu tunggu lagi dua hingga tiga jam untuk dapat ubat, seharian dia di
hospital,” katanya dalam temu bual eksklusif dengan BERNAMA semalam. Turut hadir Timbalan Pengerusi suruhanjaya itu yang juga bekas Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam. Orang ramai boleh mengemukakan cadangan dan pandangan melalui
email sekretariat.skmtpa@jpa.gov.my, zaki.skmtpa@jpa.gov.my atau melayari http://docs.jpa.gov.my/skmtpa. Setiap aduan dan teguran yang
diterima akan dimajukan kepadanya dan beliau sendiri akan menjawabnya.
Aduan Orang Ramai
Tanggapan klasik tentang perkhidmatan awam ialah kerenah birokrasi dan maklum balas yang lambat. Protokol dan hierarki perjawatan dikatakan masih belum banyak berubah sehinggakan sistem penyampaian awam belum menunjukkan kemajuan yang mendadak. Ukuran tentang daya pengeluaran setiap kakitangan awam masih kurang jelas.

Keluhan kakitangan lama
Perubahan sistem matriks gaji sebaris telah menyebabkan kenaikan pangkat pegawai baharu lebih cepat. Ada kakitangan lama yang berada dalam gred 41 hampir 20 tahun, sedangkan kakitangan baharu hanya mengambil masa 8 tahun. Perbezaan gaji mereka sangat rapat, justeru tempoh perkhidmatan terdahulu tidak diambil kira.

Maka, kalau kakitangan lama berasa bahawa perkara berkenaan ialah satu hakikat, ayuh tulis kepada suruhanjaya berkenaan. Berikan cadangan supaya tempoh perkhidmatan lama diberikan merit tertentu supaya konsep ekuiti (keadilan) kelihatan terlaksana. Jika hanya cakap-cakap di kantin, pihak suruhanjaya tidak boleh dipersalahkan.
Ceupacs dan siswazah
Nampaknya Ceupacs seperti tidak peduli tentang merit kelayakan akademik. Mereka pernah membuat usul supaya pembantu tadbir boleh dinaikkan hingga gred 42 tanpa perlu kelayakan ijazah sarjana muda. Barangkali, Ceupacs berpendapat bahawa sistem naik pangkat dalam pasukan keselamatan boleh dicontohi, iaitu seseorang prebet boleh dilantik sebagai ketua organisasi berdasarkan rekod perkhidmatan yang cemerlang dan melepasi semua tapisan dalam pasukan.
Pegawai lulusan universiti sebenarnya boleh melompat dengan desakan Ceupacs justeru mereka telah menanggung kos lepas yang tinggi dari segi usia mula dilantik, peluang memiliki harta alih dan tidak alih, penangguhan usia perkahwinan dan saiz keluarga yang lebih kecil. Namun, mereka tidak pula menunjukkan reaksi lampau (overreact) kerana memahami bahawa Ceupacs mungkin terlepas pandang atau memang tidak tahu. Prinsip mutu modal insan tidak boleh dianggap remeh-temeh jika negara mahu melangkah ke arah negara maju berpendapatan tinggi acuan sendiri.
Kakitangan awam tidak boleh kaya
Sejak zaman-berzaman kepercayaan bahawa kekayaan hanya boleh dijana menerusi aktiviti perniagaan dan pelaburan. Dalam hadith juga disebut bahawa 9/10 punca rezeki ialah perniagaan (mafhum). Kakitangan awam hanya layak hidup sederhana dan tidak boleh mempamerkan gaya hidup mewah yang mencemarkan keutuhan perkhidmatan awam.

Sementara tokoh korporat, konglomerat, taikun dan peniaga beroleh kesempatan mengumpul harta yang melimpah ruah, kebajikan kakitangan awam seharusnya berada pada tahap optimum. Sebagai komponen penting jentera perkhidmatan awam, mereka harus diberi keutamaan dari segi kurniaan lot tanah rumah, diskaun cukai kenderaan dan kemudahan lawatan ke luar negara. Mungkin saranan sebegini menyebabkan sesetengah golongan melenting, tetapi kakitangan awam sekadar inginkan sebuah kehidupan yang selesa agar mereka mampu memberi tumpuan maksimum terhadap tugas melicinkan urusan pentadbiran, kelulusan, pemantauan dan keselamatan awam.
Saiz perjawatan awam
Sesekali muncul saranan supaya bilangan anggota perkhidmatan awam dikecilkan, sebaliknya tumpuan diberikan kepada kecekapan. Selain itu, sebahagian fungsi perkhidmatan awam dipindahkan kepada pihak swasta atau menerusi syarikat berkaitan kerajaan. Namun, perkhidmatan awam kritikal seperti pendidikan di sekolah, keselamatan dan kesihatan tidak seyogia dikorbankan...

No comments:
Post a Comment