Seseorang yang menggunakan kenderaan yang sama sejak lebih sepuluh tahun mungkin dilabel sebagai kedekut, berfikiran kuno, suka barang buruk, tidak ada gaya dan paling teruk apabila terpacul perkataan kufur nikmat. Gurauan dan usikan mungkin bertukar menjadi serius apabila menyentuh secara langsung tentang pendirian, prinsip dan pandangan hidup yang bersifat peribadi. Rambut sama hitam (mungkin sama putih, atau rambut jarang), tetapi hati lain-lain.
Biasa juga terdengar ada orang yang berkata dia akan menggunakan kenderaan yang sama sampai menjadi reban ayam. Maksudnya, dia tidak terlintas untuk membeli kenderaan yang baharu kerana terlalu sayang akan kenderaan yang sedia ada walaupun buruk pada pandangan mata orang lain. Tambahan pula, kaedah susut nilai garis lurus lima tahun bagi semua jenis kenderaan belum dilaksanakan di negara kita.
Di negara maju seperti Amerika Syarikat, Britain dan Jepun, dasar pelupusan kenderaan yang telah mencapai usia lima tahun ialah bagi memastikan bahawa industri automatif sentiasa mempunyai permintaan untuk kenderaan baharu. Namun, dasar berkenaan boleh berjaya justeru harga kenderaan baharu yang rendah tanpa pelbagai jenis cukai sepertimana yang terdapat di negara-negara sedang membangun, seperti Malaysia. Kenderaan yang hampir mencapai usia "pencen" lima tahun boleh dihantar semula ke kilang untuk diberi sentuhan baharu sebagai kereta reckon untuk tujuan eksport.
Contohnya, harga seunit kereta mewah BMW 3 siri hanyalah RM80k, berbanding di pasaran Malaysia dengan tanda harga yang bermula daripada RM300k+. Jumlah cukai eksais dan cukai jualan yang lain mencecah hingga 300 peratus. Tidak hairanlah apabila seunit Proton Saga dijual serendah USD5,000 (RM18,000) di pasaran Amerika Syarikat.
...
...
...
...
...
...
No comments:
Post a Comment