Sunday, January 6, 2013

MODEL ALIRAN PUSINGAN PENDAPATAN NEGARA (DEPICT THE COMPLEXITY OF ECONOMICS ACTIVITIES)

Pendahuluan

Kuliah pengenalan makroekonomi sistem modudar STPM bermula dengan perbincangan tentang aliran pusingan pendapatan negara. Pelajar prauniversiti seharusnya dapat menggariskan aktiviti dan pelaku ekonomi yang terlibat dalam kegiatan ekonomi secara keseluruhan, iaitu dengan menjelaskan maksud isi rumah, firma, kerajaan dan sektor luar negara. Pelajar juga dikehendaki menggariskan aliran wang dan aliran fizikal yang berlaku dalam ekonomi menerusi carta aliran sehingga empat sektor (Majlis Peperiksaan Malaysia, 2011).

Definisi
Aliran pendapatan dan perbelanjaan, serta pergerakan faktor, barang dan perkhidmatan yang berlaku antara pelaku ekonomi, iaitu isi rumah, firma, kerajaan dan sektor luar negara dalam sesebuah ekonomi.

Beza Aliran Fizikal dan Aliran Wang
Aliran Fizikal: pergerakan barangan (barang dan perkhidmatan), serta faktor (buruh, tanah, modal, usahawan) antara sektor ekonomi
Aliran Wang: pergerakan perbelanjaan (penggunaan pendapatan) dan pendapatan faktor (upah, sewa, bunga, untung) antara sektor ekonomi

Pelaku ekonomi 1:  Isi Rumah
a) sebagai pemilik faktor (pengeluaran):  buruh, tanah, modal usahawan
b) menjual faktor kepada firma di pasaran faktor = aliran fizikal
c) sebagai balasan, menerima pendapatan faktor:  upah (W), sewa (R), bunga (r), untung (π)  = aliran wang
d) membeli barang dan perkhidmatan di pasaran barang =  aliran fizikal
e) membelanjakan pendapatan sebagai bayaran kepada firma  =  aliran wang
f) membayar cukai pendapatan persendirian kepada kerajaan = aliran wang
g) membeli barang import dari sektor luar negara / antarabangsa / asing
i)  menabung bahagian pendapatan yang tidak dibelanjakan di institusi kewangan

Pelaku ekonomi 2:  Firma
a) pihak swasta yang mengeluarkan barang dan perkhidmatan
b) menjalankan pelaburan dengan sumber modal institusi kewangan
c) membeli faktor daripada isi rumah di pasaran faktor:  aliran fizikal
d) membayar harga faktor dalam bentuk upah, sewa, bunga dan untung kepada isi rumah: aliran wang
e)  menjual barang dan perkhidmatan kepada isi rumah di pasaran barang:  aliran fizikal
f)  menerima bayaran dalam bentuk harga daripada isi rumah:  aliran wang
g)   membayar cukai keuntungan syarikat kepada kerajaan:  aliran wang
h)  menjalankan urusan eksport dan import dengan sektor luar negara:  aliran fizikal
i)  urusan terimaan dan bayaran terhadap sektor luar negara:  aliran wang

Pelaku ekonomi 3:  kerajaan
a)  menerima hasil daripada kutipan cukai terhadap isi rumah dan firma:  aliran wang
b)  membuat perbelanjaan hasil cukai untuk kebajikan masyarakat: penyediaan barang dan perkhidmatan awam, infrastruktur, subsidi:
aliran fizikal
c)  membayar gaji dan membiayai projek awam:  aliran wang

Pelaku ekonomi 4:  sektor luar negara
a)  urusan eksport barang dan perkhidmatan dengan firma:  aliran fizikal
b)  membuat bayaran kepada firma:  aliran wang
c)  urusan import barang dengan isi rumah, firma dan kerajaan:  aliran fizikal
d)  menerima bayaran daripada isi rumah, firma dan kerajaan:  aliran wang


Model aliran pusingan pendapatan negara

sumber: klik SINI

Gambar rajah di atas ialah satu versi ilustrasi yang lebih kreatif untuk tujuan pembelajaran. Namun, untuk tujuan peperiksaan, pelajar harus merujuk model dalam buku teks yang disarankan oleh guru. Tambahan penerangan di atas ialah konsep suntikan (paip hijau di bawah sebelah kanan), iaitu J = I + G + X yang menjadikan saiz aliran pusingan pendapatan negara bertambah besar, manakala bocoran (paip biru, di atas sebelah kanan), iaitu W = S + T + M yang akan menjadikan saiz aliran pusingan pendapatan menjadi lebih kecil.

Secara ringkas, aliran pusingan pendapatan negara menerangkan interaksi antara pelaku ekonomi sama ada aliran fizikal atau aliran wang dalam sesebuah ekonomi tertutup dan ekonomi terbuka.

Peringatan:
a)  Bagi menjawab soalan peperiksaan, kenal pasti betul-betul fokus tugasan dari sudut yang mana satu, sama ada dari segi
pelaku ekonomi, jenis aliran atau sektor ekonomi keberapa.

b)  Perhatikan bahawa institusi kewangan tidak diklasifikasikan sebagai pelaku ekonomi yang mewakili satu sektor yang khusus seperti saranan sesetengah ahli ekonomi.

2 comments: