Agensi berita kebangsaan (Bernama) melaporkan bahawa sejumlah 2,791 daripada 7,824 0rang siswazah pendidikan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pendidikan Guru
Malaysia (IPGM) tahun lepas akan dilantik terus ke Gred DG41. Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dalam satu kenyataan hari ini
memaklumkan mereka tidak perlu menghadiri temu duga kerana mencapai keputusan
cemerlang dengan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.5 dan ke atas, serta
mendapat sekurang-kurangnya keputusan A- dalam latihan praktikal. "Bagaimanapun, siswazah tersebut perlu
menjalani sesi penilaian khas yang akan dilaksanakan oleh SPP, dan diperakui
oleh IPTA dan IPGM," menurut kenyataan itu (baca di sini).
Menurut SPP, sementara itu, baki 5,033 siswazah pendidikan pula perlu menduduki
temu duga yang akan diadakan di seluruh negara mulai hari ini sehingga 27 Mac
depan. Mereka perlu mendapatkan maklumat lanjut menerusi laman sesawang rasmi SPP di sini.
...
...
...
...
...
...
...
...
No comments:
Post a Comment