Wednesday, March 6, 2013

SINKOF: EJAAN SINGKAT, DILEMAHKAN (REMOVING SOME SYLLABLES OF A LONGER WORD)

Penggunaan imbuhan berakhiran 'i' berkemungkinan boleh mengelirukan. Misalannya dalam sebuah teks komsas, terdapat perkataan yang dieja sebagai 'banggai'. Terdapat murid yang menyangka bahawa 'banggai' sebagai perkataan yang tersendiri, tetapi tidak pula dijumpai di dalam kamus pegangan.

Hakikatnya 'banggai' berasal daripada kata dasar 'bangga' yang menerima akhiran 'i' dan boleh digandingkan dengan perkataan kata ganti diri atau kata ganti nama sebelumnya: saya banggai, kita banggai, Ali banggai dan sebagainya. Kekeliruan bertambah buruk jika murid sukar membezakan akhiran 'i' dengan ejaan yang menggunakan diftong atau gabungan vokal 'ai', 'oi', 'ui'. Kesan kekeliruan yang seumpamanya akan lebih terserlah apabila perkataan berkenaan digunakan secara lisan.

Masalah seterusnya ialah tentang singkatan ejaan, atau juga disebut sinkof, atu sinkope. Carian leksikon bahasa Inggeris menunjukkan bahawa sinkof / sinkope tidak terdapat dalam bahasa itu, melainkan paling dekat ialah rujukan terhadap short form (baca di sini). Kalau ada pun, sinkope digunakan sebagai nama syarikat, iaitu Sinkope Inc.!

Sinkop ialah ejaan yang disingkatkan atau dilemahkan, serta digunakan dalam perbualan harian, tidak rasmi atau penulisan kreatif yang membenarkan pelanggaran hukum tatabahasa. Namun, pengecualian masih dibenarkan untuk ayat bahasa baku dengan syarat bahawa perktaan sinkof itu tidak berdiri sendiri, tetapi bercantum dengan perkataan gandingan. Contohnya: kubaca (aku baca), kautelefon (engkau telefon), dirimu (diri kamu).

Perkataan sinkof yang berleluasa digunakan ialah nak, tak, dan saja. Sebagai contoh, kempen antirokok juga menggunakan cogan kata "Katakan Tak Nak". Nak ialah hendak, tak ialah tidak, dan saja ialah sahaja.

Penggunaan sinkof seumpama itu tidak dibenarkan bagi laras karangan biasa, tetapi dibenarkan untuk penulisan kreatif seperti format cerita pendek (cerpen), puisi dan anekdot. Maka, dalam skrip jawapan peperiksaan awam sama ada UPSR, SPM dan STPM, calon hendaklah mematuhi kehendak tatabahasa tentang larangan penggunaan sinkof, serta kelonggaran yang diberi.

...

...

...

...

No comments:

Post a Comment