Tuesday, May 21, 2013

SALAH SANGKA YANG LUCU (JUDGEMENT AND COMPASSION)

Ketika hendak membayar harga roti canai telur banjir dan kopi tarik di kaunter, Pak Din Martabak memberitahu bahawa sepasang suami isteri telah 'membelanja' penulis blog (PB). Pak Din pun tidak kenal akan pasangan berkenaan. PB mengucapkan terima kasih banyak-banyak walaupun terselit sedikit rasa pelik.

Beberapa tahun dahulu peristiwa yang sama juga biasa berlaku di gerai Pak Din Martabak, iaitu sarapan PB sering dibayar oleh si pemurah 'misteri'. Bukanlah setiap pagi PB makan roti canai mengenangkan kandungan kalorinya yang tinggi. Maka, paling kerap pun dua minggu sekali.

Seorang 'pak cik' pertengahan  umur bertanya sama ada PB bekerja atau tidak. Maka, dengan ikhlas PB menjawab tidak. Dia tidak pula bertanya lebih lanjut, walhal ketika itu PB dalam tempoh cuti belajar dengan biasiswa bergaji penuh (hadiah latihan persekutuan) di Universiti Malaya.

Pak Din memberitahu tukang bayar sarapan PB itu sebenarnya pemilik sebuah agensi pelancongan bumiputera yang terkemuka di negeri Perak, serta bekas guru. Maknanya, dua-dua pihak sudah salah sangka gamaknya. PB menyangka pak cik itu pesara biasa, manakala dia pula menyangka PB sebagai penganggur terhormat!

Barangkali cara penampilan dan pakaian ringkas masing-masing menyebabkan berlakunya salah sangka. PB mengenakan baju-T biasa dan seluar trek, manakala 'pak cik' tadi dengan kemeja yang agak lusuh dan seluar biasa, serta selipar. Mungkin juga muka PB memang macam penganggur terhormat ketika itu.

...

...

...

...

...

1 comment:

  1. Salam cikgu. Nak minta pandangan cikgu. Saya dapat temuduga uitm dalam sarjana muda pendidikan sains (kepujian) matematik. Apa yang dimaksudkan dengan kos ni? matematik sahaja atau sains sahaja? kenapa ada sains walhal kepujian matematik? minta sangat pendapat cikgu. tolong explain.terima kasih

    ReplyDelete