Ciri keberkesanan sekolah yang paling utama ialah pencapaian kecemerlangan pelajar (klik di sini). Kecemerlangan yang dimaksudkan merujuk kepada pencapaian pelajar yang lalu (bekas pelajar), pelajar semasa dan unjuran pencapaian pelajar masa hadapan. Pencapaian itu boleh diukur menerusi kedudukan dan sumbangan bekas pelajar terhadap masyarakat dan negara, serta kejayaan yang dicatat oleh pelajar semasa dalam pelbagai bidang pembelajaran, termasuk kurikukulum, kokurikulum, koakademik, kepimpinan, sahsiah dan inovasi.
Sekolah ternama dan premier (usia penubuhan melebihi 50 tahun) memiliki kelebihan dari segi pencapaian bekas pelajar masing-masing. Dalam istilah pengajian keberkesanan sekolah, bekas pelajar berpencapaian tinggi itu disebut sebagai legenda. Mereka dijadikan contoh oleh pihak sekolah bagi melonjakkan motivasi pembelajaran pelajar semasa.
Sekolah yang masih baharu tetap memiliki legenda walaupun mungkin bekas pelajar cemerlang mereka belum cukup menyerlah dan terkenal dalam kalangan masyarakat. Perkara yang lebih penting ialah peranan legenda sekolah dalam membangkitkan minat pembelajaran yang luar biasa bagi mencatat kejayaan yang berterusan bagi mengharumkan nama sekolah. Tidak kisahlah jika legenda itu hanya menyumbang di peringkat pertengahan atau sederhana.
Paparan sepanduk di atas terpampang di laluan pintu utama Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh (Star) bersebelahan dengan Taman Cempaka. Tiga orang bekas pelajar sekolah berprestasi tinggi (SBT) berkenaan telah dilantik sebagai anggota pentadbiran kerajaan persekutuan. Jawatan yang disandang pula membabitkan kementerian yang sangat penting terhadap kemajuan dan pembangunan negara.
Dengan jumlah keanggotaan bekas pelajar (Staroba) baharu mencecah 5,000 orang, kejayaan tiga orang legenda Star itu sudah cukup untuk memberi bukti bahawa Star ialah sebuah sekolah yang berkesan. Sebenarnya lebih banyak Starian telah mencatat pencapaian yang membanggakan dalam pelbagai bidang ikhtisas, korporat dan inovasi.
...
...
...
...
...
No comments:
Post a Comment