Pasar malam utama di bandar Dungun bermula seawal pukul tiga petang dan berakhir lebih kurang pukul sepuluh malam pada setiap hari Khamis, melainkan bertembung dengan sambutan hari raya. Sistem siar raya masjid berdekatan juga disambungkan ke tapak pasar malam supaya azan yang berkumandang turut didengari peniaga dan pengunjung untuk segera bersolat. Pasar malam Dungun memang istimewa kerana jualan makanan yang asli tempatan.
Keropok lekor yang dijual memang berbeza dengan keropok lekor di sepanjang jalan raya seluruh negeri. Bubur kacang pula tidak dicampur dengan sagu sepertimana di pantai barat. Putu asap kuning dan putu halba juga memiliki tekstur dan rasa yang unik.
Makanan jenama Barat juga mendapat sambutan hangat. Penulis blog (PB) paling suka membeli roti hamlet yang dipanaskan dengan rencah ayam atau daging, serta bersalut telur. Sungguh enak apabila dimakan ketika masih panas!
Sebenarnya ada dua tiga buah gerai menjual roti hamlet, tetapi gerai yang terpapar dalam gambar di atas paling berjaya mencuri tumpuan pembeli. Walaupun hanya sebuah gerai yang sederhana dan ala kadar, cara layanan dan mengambil pesanan pembeli diurus secara sistematik. Pembeli sanggup beratur dan menunggu dalam tempoh yang lama demi memperoleh roti hamlet yang sedap dan unik.
Biasanya seorang pembeli memesan tidak kurang kurang daripada tiga biji roti hamlet sekali gus. Mereka membawa pesanan daripada anggota keluarga atau kawan yang tidak dapat ke pasar malam. Nilai kepuasan (utiliti) roti hamlet terletak pada unit yang pertama kerana kalau diteruskan, mungkin mengalami proses hukum utiliti sut berkurangan.
Setakat ini PB belum berjumpa roti hamlet di pasar malam di Ipoh atau Kuala Lumpur. Alangkah baiknya kalau peniaga roti hamlet di pantai timur dapat mendaftar resepi tersendiri mereka sebagai paten yang sah. Kemudian, mereka boleh mengembangkan rangkaian perniagaan mereka secara francais di seluruh negara.
Pelbagai resepi roti hamlet disarankan oleh chef terkenal, contohnya klik di sini. Namun, roti yang digunakan memang berbeza. PB juga melihat bahawa roti John yang dijual oleh peniaga di atas juga tidak sama dengan roti John yang biasa dilihat di tempat lain.
Ambil contoh ayam goreng segera KFC, McD, Marrybrown, Nandos, Kenny Rogers, Deli dan lain-lain. Setiap satu jenama menjadi berbeza dan tersendiri kerana asas penyediaan, resepi, persembahan dan strategi promosi direka bentuk sebegitu rupa. Sebelum orang lain memintas usaha mengembangkan jenama roti hamlet pantai timur, ada eloknya peniaga sedia ada diberi bimbingan oleh pihak perbadanan usahawan bumiputera (PUNB) supaya muncul sebagai rangkaian francais yang berjaya...
Setuju.. saya org dungun tapi sekarang menetap di uk.. terbayang2 hamlet yg sedap kt pasar minggu dungun.. alangkah bagusnya kalau penjual ni mengembangkan perniagaannya ke seluruh malaysia dan luar negara. Hamlet pun lebih kurang makanan asasi org barat yg berasaskan roti daging dan telur..
ReplyDeleteTeringat saya zaman belajar di ITM Dungun dulu, roti hamlet makanan wajib dibeli di Pasar Malam. Kalau tak pergi kirm kawan belikan
ReplyDeleteWahh alhmdulillah terima kasih. Kata ii yg memberi kesan positif kpd pniaga mcm kami☺️
ReplyDeleteCikgu, ado no hp towkay gerai ka...bole share. Tk
ReplyDeletesy ad
Deletegerai hamlet kt ats ni awal2 90 an dulu ayh sy dan abg dia(pak sdara) yang bukak, sekarang ayh sy serah smua kt abg dia. memang2 awal dulu takde org buat hamlet ni tp skrg dh ramai nak yang ori boleh singgah gerai kt ats..terima kasih atas suport semua dari awal 90an smpai skrg alhamdulillah mana yang belum cuba lagi boleh datang. ad apa apa nk tanya boleh hubungi sy 014-8262571-asraf
ReplyDeleteSaya pun rindu nok makang roti hamlet pasor malang hari khamis di dungun...kepuasang tok terhingga...saya nak niaga mcm tu wasenye...
ReplyDelete