Monday, June 17, 2013

PELANCONGAN KESIHATAN DI MALAYSIA (SPECIALIST TREATMENT SERVICE ABROAD)

Negara maju seperti Amerika Syarikat, Australia dan United Kingdom telah lama menjadi pilihan pesakit yang berkemampuan atau pesakit yang dibiayai menerusi dana tertentu untuk mendapatkan rawatan pakar perubatan yang terkenal. Negara lain seperti India, Mesir dan Singapura juga menawarkan perkhidmatan kepakaran perubatan kepada warga asing. Sebagai contoh, Hospital Mount Elizabeth di Singapura yang bukan sahaja menerima kunjungan pesakit serantau, bahkan dari seluruh dunia, misalnya kes pasangan kembar siam Iran tidak berapa lama dahulu.

Malaysia juga jelas memiliki keupayaan yang setanding dengan negara maju dari segi perkhidmatan pakar perubatan yang terbaik. Selain hospital awam yang memberi tumpuan terhadap rawatan rakyat tempatan, terdapat rangkaian perkhidmatan kepakaran perubatan swasta seperti KPJ Healthcare milik Perbadanan Johor, Pantai Medical Group yang dikuasai pelabur Singapura, Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Assunta dan al-Ridzuan milik Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Perak. Pesakit bukan sahaja membuat perbelanjaan terhadap kos rawatan, bahkan selalunya akan disertai oleh anggota keluarga terdekat yang akan menggunakan perkhidmatan penginapan, pengangkutan, makan minum dan aktiviti sampingan yang lain.

Menyedari ketibaan pesakit luar negara bersama keluarga mereka yang semakin besar bilangannya, suatu usaha tersusun untuk menjana kesan pengganda perkhidmatan rawatan pakar perubatan tempatan itu, konsep pelancongan kesihatan direka bentuk dengan lebih menyeluruh (klik di sini). Promosi dan pemasaran pelancongan kesihatan yang lebih agresif turut menjadi agenda bersama Kementerian Pelancongan dan Kementerian Kesihatan. Penggunaan media maya dan khabar kelebihan rawatan pakar di Malaysia yang meniti dari mulut ke mulut menyumbang terhadap peningkatan radikal permintaan rawatan perubatan pakar dalam kalangan pesakit antarabangsa di Malaysia.

Rangkaian hospital swasta yang semakin berkembang digembleng dalam satu perkongsian strategik bagi menarik ketibaan pelancong kesihatan tempatan dan asing (klik di sini). Konsep persaingan menang-kalah bertukar kepada menang-menang kerana masing-masing tidak menang tangan bagi memenuhi permintaan rawatan pakar secara bersendirian. Sumber kepakaran kesihatan yang bernaung di bawah organisasi yang berlain dapat disatukan bagi membentuk sinergi dan nilai tambah perkhidmatan rawatan kepada pelancong kesihatan.

...

...

...

...

...

...

No comments:

Post a Comment