Assalamu alaikum dan salam sejahtera
Pelajar yang dikasihi,
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
Pelajar yang dikasihi,
Izinkan saya bermula dengan satu anekdot atau kisah pendek. Sebenarnya sudah banyak kali saya menggunakan laluan Terowong Menora, iaitu tidak jauh dari Plaza Tol Jelapang, Ipoh menuju arah utara Semenanjung Tanah Melayu. Namun, pada suatu pagi, pergerakan kenderaan menjadi tersekat-sekat mengakibatkan saya perlu berada lebih lama dalam laluan terowong yang hanya dilimpahi cahaya yang suram.
Dalam keadaan itu, saya hanya mampu menunggu dan meneka bahawa sesuatu telah berlaku di hujung sana yang menghalang kelancaran pergerakan kenderaan, kecuali motosikal. Kemungkinan paling buruk ialah berlaku runtuhan struktur terowong yang belum dapat dibersihkan sepenuhnya. Kemungkinan yang lebih sederhana ialah terdapat kerja pembinaan di hadapan.
Akhirnya, teka-teki terjawab apabila cahaya muncul di hujung terowong. Sebuah kereta Honda City kelihatan remuk dan siap sedia untuk ditunda. Anggota polis trafik juga kelihatan di tempat kejadian. Pemandu kereta yang cedera masih mampu berdiri barangkali memberi keterangan tentang nahas yang dialami.
Pelajar yang dimuliakan,
Saya mahu mengaitkan peristiwa di Terowong Menora itu dengan kebimbangan dan harapan dalam proses pembelajaran. Pada ketika tertentu pelajar mungkin berasa buntu, putus asa dan tenggelam punca, justeru berhadapan dengan kesukaran menguasai isi pelajaran. Fikiran pelajaran seolah-oleh terperangkap oleh penjara kebimbangan yang kelam dan gelap gelita.
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
salam cikgu... apakah yg sebenarnya ingin cikgu sampaikan dalam pos cikgu yang ni??? mohon pencerahan...
ReplyDelete