Betapa perjalanan masa tidak pernah tertunda. Sebentar tadi baharu, sekejap lagi bertukar lama, lapuk dan usang. Banyak yang sudah berakhir, tetapi lebih banyak yang hendak bermula.
Sama ada usia meningkat atau menurun, bergantung kepada perspektif dan cara seseorang itu berfikir. Jika usia diukur mulai tarikh kelahiran, maka usia seseorang semakin meningkat. Sebaliknya, jika usia diukur berdasarkan baki atau sisa kehidupan, maka usia seseorang semakin menurun.
Hari-hari yang berlalu mengukir kenangan dan sejarah, bergantung kepada peristiwa yang terjadi, sama ada bermakna atau biasa sahaja. Selagi nafas di kerongkongan hari ini atau masa sebenar sentiasa datang dan dalam sekelip mata terus pergi buat selama-lamanya. Esok atau masa depan belum pasti dapat ditempuhi andai kata dijemput ke alam baqa'.
Selagi denyut nadi masih berfungsi, seseorang itu wajib berusaha melakukan segala amalan dan tindakan yang terbaik, iaitu sejajar dengan jalan menuju redha-Nya. Panjang angan-angan atau leka dengan perbuatan yang sia-sia bakal mengundang sesalan yang tidak dapat ditebus kembali. Maka, pilihan yang tepat berada dalam genggaman dengan suluh akal yang sihat dan waras.
lagi
lagi
lagi
lagi
lagi
lagi
No comments:
Post a Comment