Sunday, December 15, 2013

SATU PETANG DI 'MIDVALLEY MEGAMALL' (TOO MUCH SPACE)

Macam tidak percaya bahawa pihak lain berjaya mendapat 'lesen' menyebarkan lambang amalan mereka secara begitu terbuka. Pohon buatan berbentuk kon gergasi setinggi tiga tingkat bangunan berdiri megah di ruang legar kompleks beli belah terkemuka di ibu kota. Sebahagian peniaga dan pekerja juga kelihatan memakai kostum Santa Klaus.

Berdekatan kaunter aras satu Metrojaya terdapat persembahan lagu Jingle Bell dan seumpamanya oleh sekumpulan remaja Cina sambil diiringi piano dan tamborin. Barangkali projek gold, gospel, glory yang dibawa  ke rantau Nusantara sejak abad ke-16 lagi mula menuju sasaran. Di Indonesi, bilangan mereka telah mencecah 30 juta jiwa, termasuk penduduk pribumi yang masih kuat dipengaruhi amalan kuno turun-temurun.

Menjelang musim perayaan krismas dan tahun baharu masihi, kebanyakan gedung perniagaan yang besar melancarkan taktik jualan dalam bentuk pemberian baucar atas belian. Setelah membeli sejumlah barang dengan potongan harga (haga asal dinaikkan, mark up lebih tinggi), pelanggan berkejar membeli barang yang mungkin tidak perlu kerana tarikh sah baucar yang begitu singkat. Jumlah urus niaga yang tinggi membolehkan pasar raya memperoleh untung besar walaupun margin keuntungan per unit barang mungkin rendah sedikit.

Kelibat pelancong Arab, Eropah dan Eropah memang ketara. Hampir semula bilik penginapan Cititel, Boulevard dan Garden telah ditempah. Kadar sewaan antara RM350 hingga RM1,000 sehari semalam tidak menjadi hal kepada golongan pelancong mewah itu.   

Pilihan kasut berjenama antara tarikan yang menggamit ketibaan pelancong asing dan juga tempatan. Hampir segenap ruang jualan kasut dipenuhi pelanggan, seolah-olah pembelian kasut sudah tidak boleh ditangguh lagi. Pertuturan bahasa Inggeris jalanan sudah cukup buat petugas jualan kasut memandangkan pelancong yang datang bukan berbahasa Inggeris persuratan.

Usai memilih kasut dan barangbelian yang lain, pelanggan harus beratur dalam barisan yang panjang, macam menunggu giliran untuk mendapat bantuan. Tiba-tiba seorang pak cik pelancong asing cuba memotong barisan dengan alasan beli sehelai baju sahaja, sedangkan sebelumnya dia telah membeli banyak barang. Namun, akhirnya dia terpaksa akur untuk beratur sekali lagi apabila anak muda yang bertugas di kaunter pembayaran memberi penjelasan yang munasabah.

Pengunjung gedung perniagaan besar biasanya tidak sedar bahawa mereka telah berdiri dan mundar-mandir selama berjam-jam. Hanya apabila perut berkeroncong, mereka mencari makanan. Medan Selera Oasis di Aras Dua menjadi tumpuan ramai kerana hidangan yang membuka selera dan harga yang berpatutan. Menu masakan Portugis, iaitu ikan bakar, mendapat sambungan hangat hingga petugas masakan disitu tidak memang tangan.

Perkhidmatan teksi di kompleks Lembah Tengah Gedung Mega (terjemahan bahasa Melayu?) memang cekap. Seorang pemandu teksi wanita kaum Sikh mendakwa dia berpendapatan RM15,000 sebulan, memiliki ijazah berganda dan sarjana, serta bestatus ibu tunggal dengan anak tunggal yang sudah berkhidmat sebagai juruterbang. Dia turut memberi nasihat percuma tentang pengalaman keibubapaan sebagai imbas kembali zaman kanak-kanak mereka sendiri.

Pameran kereta lumba berkelajuan tinggi turut dipamerkan berhampiran pintu keluar utama gedung perniagaan berhampiran Universiti Malaya itu. Peralatan sukan turut dijual dengan harga promosi, di samping demonstrasi permainan tertentu sebagi gimik. Tiada desakan kepada pengunjung untuk membuat belian, tetapi penganjur berjaya membingkiskanimpian kepada pengunjung supaya berbuat demikian suatu hari nanti ...

No comments:

Post a Comment