Wednesday, January 15, 2014

MODUL PETUNJUK MAKROEKONOMI (MEASURE PERFORMANCE)

Pengenalan:
Matlamat pelaksanaan dasar makroekonomi ialah bagi mencapai pertumbuhan ekonomi tanpa inflasi (2-3%), tanpa pengangguran (< 4,5 %), serta dengan imbangan pembayaran yang positif. Keempat-empat komponen matlamat berkenaan juga dikenali sebagi isu makroekonomi. Maka, langkah menangani isu makroekonomi ialah bagi mencapai matlamat dasar yang dilaksanakan.

Terdapat dua dasar makroekonomi yang menggambarkan langkah campur tangan kerajaan bagi mempengaruhi tingkat aktiviti ekonomi. Dasar fiskal ialah langkah campur tangan kerajaan (secara tidak langsung) bagi mempengaruhi tingkat aktiviti ekonomi dengan mengubah-ubah cukai dan perbelanjaan kerajaan. Dasar kewangan pula ialah langkah campur tangan kerajaan (secara langsung) bagi mempengaruhi tingkat aktiviti ekonomi dengan mengubah-ubah bekalan wang dan kadar bunga. 

Pencapaian matlamat pelaksanaan dasar makroekonomi dapat diukur menerusi lapan petunjuk yang utama. Empat petunjuk diukur berdasarkan hitungan kadar (peratusan dan perbandingan), dua rekod akaun, satu nilai nominal dan satu kitaran. Bagi memudahkan penggunaan petunjuk, jadual di bawah mungkin dapat membantu ...

SMK ST MICHAEL, IPOH, UA1: PETUNJUK MAKROEKONOMI  (16012014) ____________

Petunjuk
Definisi
Rumus
1  Kadar Pertumbuhan

%↑ KNK benar pada tahun tertentu (t) berbanding tahun sebelumnya (t-1)


2  Kadar Inflasi

%↑ tingkat harga umum pada tahun tertentu (t) berbanding tahun sebelumnya (t-1)


3  Kadar Pengangguran

% tenaga buruh yang tidak melakukan sebarang kegiatan ekonomi pada tahun tertentu (t) berbanding tahun sebelumnya (t-1)


4 Keluaran Negara Kasar

Nilai b/p dikeluarⁿ  õ faktor pgⁿ milik sesebuah negara,
sama ada berlaku di dalam, luar negara


5  Akaun Dagangan

Rekod urus niaga X, M barang (nampak)


6  Akaun Semasa
Rekod urus niaga X,M b/p, Y, pindahan semasa


7  Kadar Bunga

% bayaran firma kepada institusi kewangan (IK) utk I


8  Kitaran Perniagaan
    (ayunan KNK)
Keadaan ekonomi melambung, meleset menerusi beza KNK potensi dengan KNK sebenar





©  Azhar bin Mohd Rodzi, SmEkon (UKM), Dip.Ed (UIAM), M.Ed (Distinction) (Malaya)


No comments:

Post a Comment