Thursday, April 3, 2014

ORANG RAMAI MASIH KE JABATAN PENGANGKUTAN JALAN, JPJ (IN PERSON BUSINESS IS STILL NEEDED)

Pengguna mempunyai pelbagai pilihan untuk mendapatkan perkhidmatan lesen memandu, bayaran cukai jalan dan saman. Kaedah pembayaran bil setempat telah sekian lama dilaksanakan bagi memudahkan pengguna membuat banyak urusan secara sekali gus. Pengenalan urus niaga secara atas talian, termasuk portal MyEG (Malaysian Electronic Goverment, Kerajaan Elektronik Malaysia) dan pemindahan bayaran menerusi mesej pesanan ringkas (SMS) telah mengurangkan dengan mendadak pengunjung premis Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Sebelum kaedah pembayaran bil setempat, misalnya di pejabat pos dan urus niaga atas talian, orang ramai terpaksa bersesak-sesak di premis JPJ. Dalam urusan yang mustahak, orang ramai perlu mengambil cuti dan menghabiskan masa sehari suntuk di situ. Perkhidmatan orang tengah, runner dan ejen juga dicari oleh orang ramai bagi memudahkan urusan mereka di kaunter JPJ tanpa perlu hadir sendiri.

...

...

...

...

...

...

1 comment: