...
...
...
negara
|
kel.sebelum
p’khususan
|
|
selepas p’khususan
|
|
p’gunaan selepas
PAB ( 1 : 3 )
|
||||||
|
makanan
|
pakaian
|
|
makanan
|
pakaian
|
|
makanan
|
pakaian
|
|||
M’sia
|
10
|
2
|
|
20
|
0
|
|
8
|
4
|
|||
Jepun
|
8
|
4
|
|
0
|
8
|
|
12
|
4
|
|||
Jumlah
|
18
|
6
|
|
20
|
8
|
|
20
|
8
|
Terdapat dua buah negara iaitu Malaysia dan Jepun.
Kedua-dua negara mengeluarkan makanan dan pakaian. Sebelum pengkhususan, Malaysia mengeluarkan 10 unit makanan
dan 2 unit pakaian, manakala Jepun mengeluarkan 8 unit makanan dan 4 unit
pakaian. Jumlah keluaran dunia
sebelum pengkhususan ialah 18 unit makanan dan 6 unit pakaian. Malaysia
memiliki kelebihan dalam pengeluaran makanan kerana kecekapan buruh yang
lebih tinggi berbanding dengan Jepun, sebaliknya Jepun memiliki kelebihan dalam
pengeluaran pakaian. Maksudnya, Malaysia dan Jepun memiliki faedah mutlak dalam barang yang
berlainan.
Maka, Malaysia mengkhusus dalam pengeluaran makanan. Buruh dari sektor pakaian
berpindah
ke sektor makanan menjadikan keluaran makanan Malaysia menjadi 2 X 10, iaitu 20
unit makanan. Jepun pula mengkhusus dalam pengeluaran pakaian. Buruh dari sektor
makanan berpindah ke sektor pakaian, lalu menjadikan keluaran pakaian berjumlah
2 X 4 = 8 unit pakaian. Jumlah keluaran
dunia sudah berubah kepada 20 unit makanan dan 8 unit makanan. Pertambahan
yang berlaku ialah sebanyak 2 unit makanan dan 2 unit pakaian. Pengkhususan
telah berjaya meningkatkan jumlah keluaran dunia bagi kedua-dua barang.
Malaysia tidak lagi
mengeluarkan pakaian, manakala Jepun tidak lagi mengeluarkan makanan, sedangkan
kedua-dua negara memerlukan barang tersebut. Maka, pertukaran perlu dilakukan
berdasarkan kadar yang dipersetujui oleh kedua-dua buah negara. Hitungan yang
dibuat menunjukkan harga relatif di Malaysia ialah 1 unit
pakaian kepada 5 unit makanan (1:5), manakala Jepun 1:2. Kadar pertukaran perlu terletak antara kedua-dua harga relatif
itu.
Andaikan kadar pertukaran
yang dipersetujui ialah 1:3 dan Jepun berhasrat mengekalkan penggunaan pakaian
sebagaimana sebelum pengkhususan. Jepun akan menggunakan 4 unit pakaian. Lebihan
4 unit pakaian lagi dieksport ke Malaysia. Sebagai balasan, Jepun akan
memperoleh 12 unit makanan (4 unit pakaian X 3 unit makanan). Malaysia pula memperoleh
4 unit pakaian dan mempunyai baki 8 unit makanan untuk penggunaan domestik (dalam
negeri).
Berdasarkan kegiatan
perdagangan antarabangsa Malaysia dengan Jepun, penggunaan dalam negeri
Malaysia bagi makanan berkurang 2 unit, tetapi penggunaan pakaian bertambah
sebanyak 2 unit. Jepun pula memperoleh tambahan 4 unit
makanan, serta berjaya mengekalkan penggunaan makanan. Maka, kedua-dua buah
negara telah beroleh laba (manfaat, untung) hasil
kegiatan pertukaran eksport import yang berlaku.
©
Azhar bin Mohd Rodzi, SmEkon (UKM), Dip.Ed (UIAM), M.Ed (Distinction)
(Malaya)
No comments:
Post a Comment