Pengenalan:
Teori perdagangan antarabangsa (PAB), sama ada fedah mutlak atau faedah berbanding boleh dijelaskan menerusi kaedah gambar rajah keluk kemungkinan pengeleuaran (KKP). Ahli ekonomi sering menggambarkan bahawa negara yang berdagang mengeluarkan barang pada KKP, tetapi menggunakan barang di luar KKP. Aksiom itu sahaja sudah menjadi hujah tentang manfaat PAB setelah berlakunya pengkhususan dan kadar syarat perdagangan yang adil (kadar pertukaran yang dipersetujui memberi laba / keuntungan kepada dua buah negara yang berdagang).
Prinsip perbandingan KKP dua buah negara:
Katakan paksi menegak mewakili makanan, manakala paksi mendatar mewakili pakaian. KKP negara A lebih curam dengan sudut yang bersaiz lebih kecil di paksi menegak, berbanding dengan KKP negara B yang lebih landai dengan saiz sudut di paksi menegak yang lebih besar. Maka, negara A akan mengkhusus dalam keluaran makanan.
Negara B pula memiliki saiz sudut di paksi mendatar yang lebih kecil berbanding dengan negara B. Maka, negara B akan mengkhusus dalam keluaran pakaian. Ringkasnya, pengkhususan keluaran merujuk kepada saiz sudut yang lebih kecil di paksi keluaran berkenaan.
Cara Melukis KKP dua buah negara:
1 Rujuk jadual sebelum pengkhususan
2 Darab dua setiap keluaran untuk memperoleh had pengeluaran maksimum
3 Sediakan dua keluk berasingan untuk dua buah negara
(contoh keluk tunggal di atas sekadar menentukan pengkhususan, belum berlaku PAB)
4 Sambung kedua-dua titik maksimum keluaran kedua-dua barang
5 Hitung harga relatif kedua-dua barang
6 Pilih satu kadar pertukaran
7 Lukis keluk kadar pertukaran berkenaan
8 Tetapkan eksport dan penggunaan dalam negeri (setiap negara yang mengkhusus)
9 Tunjukkan pada keluk KKP penggunaan sebelum pengkhususan
10 Tunjukkan penggunaan selepas PAB di luar KKP
Contoh keluk:
Huraian
Huraian
Huraian
Huraian
Penutup:
...
No comments:
Post a Comment