Saturday, April 12, 2014

SIAKAP 3 RASA DI PERSEKITARAN TIDAK TERURUS (RESTAURANT CLEANING MANAGEMENT)

Antara daya tarikan sesebuah premis makanan sama ada kafe, kantin, medan selera atau restauran ialah hidangan yang berkhasiat dan lazat, harga yang berpatutan, layanan yang baik, masa menunggu yang munasabah dan persekitaran yang sedap mata memandang. Pengecualian mungkin berlaku kepada warga ibu kota yang dihimpit waktu dan kos sara hidup yang tinggi. Mereka harus rela menutup sebelah mata dan lubang hidung supaya sanggup makan hidangan yang paling asas seperti mi bodoh (panggilan untuk mi yang digoreng kosong tanpa rencah dan sayur) agar perut tidak berkeroncong di tempat kerja.

Kini hanya tinggal kurang enam tahun untuk Malaysia menggapai impian bergelar negara maju berpendapatan tinggi dengan acuan sendiri. Sudah jenuh pelbagai pihak menggesa masyarakat supaya jangan hanya berbangga dengan kemudahan prasarana kelas pertama, tetapi pemikiran masih kelas tiga. Sikap suka memotong giliran, membuang sampah sesuka hati, merokok tanpa mempedulikan orang lain, memfitnah saingan politik dan perniagaan, serta seribu satu contoh lain menggambarkan betapa kepincangan masyarakat dunia ketiga masih menjadi stigma.

Keadaan yang serupa didapati masih berleluasa di tempat penjualan makanan sama ada di tepi jalan, mahupun di dapur hotel berbintang-bintang. Macam-macam alasan yang tidak masuk akal akan diberi jika teguran dibuat terhadap kelemahan yang seperti sengaja dikekalkan. Di manakah keikhlasan para peniaga dan usahawan makanan sampai sanggup menjadikan pengguna mereka sendiri sebagai mangsa?
Sesekali penulis blog (PB) seisi keluarga berkunjung ke premis makanan atas saranan kawan-kawan yang pernah ke tempat berkenaan. Kadang-kadang PB terpengaruh juga dengan banyaknya orang yang singgah menjamu selera di sesebuah premis menjual makanan. Lagi pun terdapat kekangan masa untuk menyediakan hidangan tertentu di rumah, di samping sebab peralatan memasak dan urusan membeli bahan. 

Baru-baru ini PB singgah di sebuah warung makanan yang terletak di Simpang Pulai, Ipoh. Setelah buku menu disuakan, PB memesan hidangan persis seperti yang tertera dalam gambar di atas. Mohon maaf terlebih dahulu kerana perkongsian imej berkenaan bukan bertujuan menunjuk-nunjuk atau untuk menghentam mana-mana pihak. 

Sebaliknya gambar hanya sebagai bahan hiasan cerita supaya dapat menangkap imaginasi pembaca blog ini dengan lebih cepat. Mungkin terlintas di fikiran bahawa hidangan di atas kaya dengan garam, kolestrol dan lemak yang ditakuti oleh mereka yang mengambil berat tentang pembakaran kalori dan sistem pencernaan tubuh badan. Namun, hidang tersebut memang berbaloi dengan harga yang dibayar.
Masalahnya ialah dari segi pengurusan kebersihan di premis makanan berkenaan. Nasib baik hal itu hanya terpandang setelah PB sekeluarga selesai menikmati hidangan. Tiba-tiba ternampak pula tisu bertaburan di atas lantai berdekatan tanpa disapu, manakala longgokan sampah dalam kotak dibiarkan berhampiran kerusi meja pelanggan.

Mengapakah pemilik premis tersebut begitu cuai dan lengah? Tidakkah dia berasa bertanggungjawab untuk memberi keselesaan kepada pelanggan yang menjadi sumber dia beroleh rezeki? Adakah dia hanya akan bertindak jika tiba-tiba muncul penguat kuasa kesihatan pihak berkuasa tempatan (PBT)?

Sungguh memalukan bahawa premis makanan yang menyediakan hidangan makanan halal tidak peduli tentang mutu kebersihan dan persekitaran. Sebagai peniaga Islam, sudah tentu kebersihan menduduki senarai teratas sebagaimana mafhum hadith bahawa kebersihan sebahagian iman. Walhal, masyarakat di negara Barat yang dilabel sebagai bebas melampau (hedonisme) sangat menitikberatkan kebersihan premis makanan (klik di sini).

Kesimpulannya, 

No comments:

Post a Comment