Bijak pandai sering mengungkapkan bahawa berbuatlah sesuatu dengan betul dan berbuatlah perkara yang betul (do the things right, do the right things, klik di sini). Pemikir pengurusan tersohor, Peter Drucker mengatakan 'kecekapan ialah membuat sesuatu perkara dengan betul, manakala keberkesanan ialah melakukan perkara yang betul' (Ibid). Pengurus melaksanakan peranan dan tanggungjawab dengan betul, manakala pemimpin melaksanakan peranan dan tangggungjawab yang betul (klik di sini).
Banyak orang kelihatan sibuk sekali dengan pergerakan ke sana ke mari tanpa noktah sehinggalah ajal datang menjemput mereka. Namun, andai kata ditanya tentang sebab mereka menjadi sibuk, mungkin hanya jawapan mudah yang akan diterima, iaitu tiada landasan falsafah langsung. Mereka sibuk dengan urusan kehidupan yang samar dan hanya ditentukan oleh pihak lain.
Dalam kata lain, kebanyakan orang memang sibuk dengan jadual kegiatan harian yang padat, tetapi tidak begitu pasti sama ada kesibukan yang mereka alami itu hanya sebagai sebagai rutin seumpama robot yang sudah siap diprogramkan atau mereka hanya mengikut perbuatan orang lain. Tidakkah mereka mahu berfikir barang sejenak punca mereka menjadi demikian sibuk dan untuk apa? Kemahuan siapakah yang mereka hendak penuhi dengan segala kesibukan yang berlaku?
sumber ambilan imej di sini
Ungkapan klasik di atas menggesa insan supaya berfikir sejenak tentang perihal kesibukan diri masing-masing. Tidaklah cukup hanya menjadi sibuk tanpa menyedari alasan untuk menjadi sibuk. Mesti ada penjelasan tentang kesibukan yang dialami supaya segala perbuatan dan tugas yang dilaksanakan menjurus ke arah sesuatu yang betul dan bukannya sia-sia.
Jika seekor ibu burung yang merupakan sejemput daging yang kerdil terbang pada awal-awal pagi untuk mencari makanan buat anak di sarang dengan kesanggupan menanggung risiko kehilangan nyawa, apakah insan yang sibuk juga berfikir tentang tujuan kesibukan mereka? Insan bukan burung yang hanya melaksanakan fungsi biologi untuk makan minum dan membiak dalam persekitaran rantaian makanan yang 'kejam'. Insan menggalas peranan dan tanggungjawab besar untuk memakmurkan bumi, berusaha ke arah kesejahteraan dan menyumbang terhadap keharmonian yang tuntas.
...
...
...
...
...
No comments:
Post a Comment