Friday, May 16, 2014

RESTORAN DI CELAH BANGUNAN PENCAKAR LANGIT (CLASSIC BUSINESS OUTLET)

Kota besar sering menjadi tumpuan para penghijrah untuk memburu impian hidup senang dan memiliki ketenangan tanpa bergantung kepada orang lain. Kota besar bagaikan lubuk rezeki yang menjadi daya tarikan orang-orang yang menyimpan impian untuk menceburi dunia perniagaan yang berpotensi menghadiahkan kekayaan yang melimpah ruah. Kota besar menghimpun orang-orang yang sibuk, tetapi memiliki kuasa beli yang luar biasa.

Bandaraya Ipoh juga tidak terkecuali sebagai destinasi yang ada magis tersendiri kepada individu dan kumpulan yang mahu menyandarkan bakat dan kreativiti bagi menjual barang dan perkhidmatan yang diminta oleh pasaran kota besar. Terdapat perniagaan yang berkembang pesat hingga muncul sebagai entiti korporat yang dikagumi. Namun, terdapat juga perniagaan yang masih kekal ditahap kecil-kecilan sebagai warisan keluarga.

...

...

...

...

...

...

No comments:

Post a Comment