Wednesday, May 7, 2014

CONTOH SURAT RAYUAN BATAL SAMAN HAD LAJU (LETTER TO POLICE OFFICER)

...

...

...

Nama
Alamat
Alamat                                                                                                                                              0x-ABCDEF (P)
Alamat                                                                                                                                         01X-YYYYYYY (hp)


Ketua Trafik Negeri  ___________
Ibu Pejabat Kontinjen Polis ______________
(bandar)                                                                                                                                 18 Rabiul Awal 1435
(u/p:  Tuan DSP _____________)                                                                                              20 Januari 2014


RAYUAN PEMBATALAN NOTIS SAMAN LALU LINTAS
KOMPAUN KESALAHAN TRAFIK PANDU LAJU: NOMBOR PENDAFTARAN PALSU (no. daftar kereta)

Saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas.


2     Pada __ januari yang lalu saya telah membuat semakan sistem kompaun trafik di balai polis __________________. Salinan maklumat saman belum jelas (OKS) berkenaan dilampirkan bersama surat ini.


3      Pegawai polis yang bertugas di kaunter pada petang itu telah menunjukkan kepada saya gambar kenderaan yang dirakamkan oleh pihak trafik daerah __________ bertarikh __ _______  ___. Nombor pendaftaran ___  _____  memang milik saya, tetapi untuk kenderaan penumpang  (jenama), bukan _____________________ seperti yang tertera. Saya sertakan juga sesalinan geran kenderaan yang dimaksudkan itu.


4    Pada tarikh yang dinyatakan juga saya tidak berada di lokasi kejadian. Saya berada di _______ setelah selesai urusan perjalanan dari ___________ di negeri ___________. Pegawai polis yang bertugas juga memaklumkan kepada saya bahawa kes pemalsuan nombor pendaftaran kenderaan bukanlah kes baharu, namun saya perlu membuat rayuan bagi membatalkan notis saman.


5  Sehubungan itu, saya berharap pihak tuan dapat membuat pengesahan bahawa nombor pendaftaran ____  _______ seperti yang tertera pada kereta ______________ tersebut adalah palsu. Saya juga memohon agar dapat dilepaskan daripada notis saman berkenaan.


Sekian, terima kasih.


Saya Yang Benar,



(nama)

KP: _____________________

...

...

...

No comments:

Post a Comment