Sunday, May 18, 2014

MODUL LATIH TUBI PENGENALAN MIKROEKONOMI (BASIC CONCEPTS AND UNDERSTANDING)

SMK ST MICHAEL, IPOH, LA3: KUIZ PENGENALAN MIKROEKONOMI  bahagian 2  (20052014)  _________________
Arahan: Tampal lembaran ini dalam buku latihan.
                Perbincangan dan rujukan buku teks dibenarkan.

A   Tentukan sama ada pernyataan yang diberikan benar atau palsu.

Bil.
Pernyataan
Benar
Palsu
1
Ekonomi ialah sains kekayaan


2
Ekonomi ialah sains serba kekurangan


3
Ekonomi ialah sains kebajikan


4
Ekonomi berasal daripada gabungan oikos dan nomos


5
Oikos dan nomos membawa maksud pengurusan rumah tangga


6
Kehendak bersifat terhad


7
Kehendak ialah keinginan memperoleh barang dan perkhidmatan


8
Kehendak sentiasa diikuti oleh kuasa beli


9
Sumber ekonomi merujuk terhadap kekurangan secara mutlak


10
Sumber ekonomi merujuk terhadap kekurangan secara relatif


11
Sumber ekonomi merujuk kepada faktor pengeluaran


12
Buruh hanya menyumbang tenaga fizikal dalam proses pengeluaran


13
Buruh hanya menawarkan perkhidmatan dan bukan dirinya sendiri


14
Buruh merujuk kepada pekerja tidak mahir sahaja


15
Bayaran / ganjaran / pulangan untuk buruh ialah upah / gaji


16
Mobiliti buruh sukar untuk dilakukan


17
Tanah merujuk sumber alam anugerah Tuhan, termasuk air dan udara


18
Penawaran tanah boleh bertambah dan berkurang


19
Nilai / harga tanah tertakluk kepada mutu dan kedudukan


20
Tanah mengalami mobiliti dari segi kegunaan (pengeluaran)


21
Bayaran kepada tanah ialah wang tunai


22
Modal bertujuan mencipta lebih banyak kekayaan dan pendapatan


23
Modal hanya berbentuk wang


24
Modal tidak mudah dipindahkan


25
Penawaran modal bersifat tetap


26
Bayaran kepada modal ialah kadar bunga


27
Usahawan menggabungkan faktor pengeluaran dalam proses pengeluaran


28
Usahawan memimpin, merancang, menyelaras, dan mengawal kegiatan firma


29
Usahawan menanggung risiko yang kecil


30
Bayaran kepada usahawan ialah untung


31
Teknologi ialah sumber ekonomi yang kelima


32
Teknologi ialah pemangkin proses pengeluaran


33
Teknologi menurunkan kos pengeluaran dan daya pengeluaran firma


34
Teknologi meningkatkan kecekapan pengeluaran sesebuah firma



  
B   Jelaskan perbezaan antara usahawan dengan buruh  (10 markah)
  

©   Azhar bin Mohd Rodzi, SmEkon (UKM), Dip.Ed (UIAM), M.Ed (Distinction) (Malaya)

No comments:

Post a Comment