Tuesday, June 17, 2014

ALASAN PELAJAR SAINS BERTUKAR KE JURUSAN KEMANUSIAAN (HYPOTHESIS SCREENING IN SCHOOL)

Pelajar prauniversiti tingkatan enam mendaftar pada awal bulan Mei, bermaksud penggal satu masih belum bermula secara rasmi. Urusan pengajian ditumpukan terhadap pemilihan mata pelajaran, minggu suai kenal dan taklimat. Pelajar juga masih menunggu keputusan permohonan dan rayuan ke program prauniversiti yang lain (asasi, matrikulasi), program diploma dan rayuan IPTA, serta politeknik premier.

Sebahagian pelajar lain pula sibuk dengan permohonan tukar jurusan atau pindah ke sekolah yang lebih dekat dengan rumah masing-masing. Lazimnya, keputusan segala permohonan tersebut hanya diketahui sebaik sahaja pelajar memulakan penggal satu sebenar pada pertengahan bulan Jun. Bilangan pelajar jurusan sains akan mengalami penyusutan dan keadaan sebaliknyabagi jurusan kemanusiaan.

Pelajar jurusan sains yang berjaya bertukar ke jurusan kemanusiaan memberikan alasan-alasan tertentu perihal mereka sanggup meninggalkan jurusan sains yang dianggap lebih berprestij dan dipandang tinggi.

1      Asas Matematik Tambahan tidak begitu kukuh



2      Bercita-cita menjadi akauntan atau peguam



3      Mata pelajaran sains lebih berat / kemanusiaan lebih mudah



4      Lulusan sains banyak menganggur



5      Lambakan siswazah sains dan teknikal



6      Pengaruh kawan



7      Tekanan / intensiti pembelajaran



8       Laluan ke IPTA lebih berliku


...

...

No comments:

Post a Comment